CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3636|Reply: 0

[Selangor] Tak serik hadap sesak, netizen mula ‘bincang’ cuti raya 2025

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang dikongsikan seorang pengguna di TikTok berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan di TikTok.

PETALING JAYA – Belum pun hilang penat menempuh kesesakan trafik berbelas-belas jam di lebuh raya, sudah ada yang mula ‘berbincang’ dan merancang cuti Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.

Perkongsian Mario di TikTok berkenaan tarikh cuti raya bagi tahun 2025 yang dijangkakan pada hari Ahad, mengundang respons pelbagai daripada orang ramai.

Rata-rata menyatakan rasa gembira kerana bakal menikmati cuti raya lebih lama berbanding tahun ini yang jatuh pada hari Rabu.

“Sedia mohon cuti Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, macam biasa,” kata @misslolipop.

“Syok sambung cuti Rabu, Khamis dan Jmaat. Isnin depan baru kerja,” ujar @kamarul20.

“Cuti Ahad bawa ke Selasa, lepas tu tambah tiga hari cuti tahunan. Okey bertahan, tak jadi letak jawatan,” kongsi seorang lagi pengguna.

Sementara itu, ada juga yang bimbang jika situasi ‘raya terkejut’ seperti tahun sebelumnya bakal berulang selain terpaksa menempuh kesesakan trafik yang lebih teruk.

“Raya 2025 mungkin 31 Mac (Isnin). Jadi, tahun depan ada kemungkinan raya mengejut sebab puasa 30 hari ikut kalendar,” jelas @MamaTwins Nana.

“Maksudnya kalau balik kampung sesak paling teruk ni. Semua nak balik hari Sabtu,” komen pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ang-cuti-raya-2025/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.062944 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list