View: 4576|Reply: 0
|
[Kelantan]
Polis Kelantan perketat kawalan elak suspek bolos
[Copy link]
|
|
MUHAMAD Zaki. FOTO Arkib BERNAMA
Kota Bharu: Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan bagi memastikan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, tidak bolos ke Thailand.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk berbuat demikian.
"Tindakan diambil kerana dibimbangi suspek kes tembakan itu melalui Kelantan untuk ke Thailand.
"Di sempadan, kita ada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjaga sempadan dan pada masa sama saya mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk menjalankan risikan supaya dapat mengesan lebih awal pergerakan suspek," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, seorang suspek lelaki melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya, namun satu das terkena pada pengawal peribadi wanita berkenaan.
Ketika kejadian, wanita berusia 38 tahun itu bersama dua pengawal peribadi sedang menunggu jemaah umrah di bawah kendalian agensi miliknya dan suami (suspek) yang mendarat di KLIA 1.
Pistol digunakan suspek disyaki jenis separuh automatik kaliber 9 milimeter (mm) dan diperoleh dari negeri jiran
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-elak-suspek-bolos |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|