CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5822|Reply: 0

[Johor] 'Ranhill SAJ perlu atasi gangguan bekalan air di Johor dengan segera'

[Copy link]
Post time 15-4-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Ranhill SAJ digesa mengambil tindakan proaktif dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum. - Foto fail NSTP

JOHOR BAHRU: Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ digesa mengambil tindakan proaktif dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum bagi mengelak isu gangguan bekalan air berulang pada musim perayaan.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap aduan berhubung masalah itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Ranhill SAJ perlu membuat persediaan dan tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

Beliau berkata Ranhill SAJ telah memberikan komitmen untuk memastikan tiada isu gangguan bekalan air mahupun catuan air di Johor sepanjang musim perayaan ini.

"Namun demikian, berdasarkan aduan diterima telah menimbulkan persoalan berhubung keupayaan Ranhill SAJ selaku operator bekalan air di Johor dalam menangani gangguan bekalan air yang berlaku saban tahun.

"Kerajaan negeri menggesa pihak Ranhill SAJ untuk segera menangani setiap aduan gangguan bekalan air dialami Bangsa Johor.



Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Pihak Ranhill SAJ sewajarnya perlu mengambil tindakan yang proaktif dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum demi kesejahteraan Bangsa Johor.

"Gangguan bekalan air yang berlaku setiap tahun ini pastinya menjejaskan persiapan menyambut Aidilfitri buat Bangsa Johor," katanya dalam hantaran di media sosial di sini, hari ini.

Jumaat lalu media melaporkan lebih 1,000 penduduk di Kulai terjejas ekoran gangguan bekalan air.

Antara kawasan terjejas ialah Murni Jaya, Kampung Sri Muar dan Felda Bukit Permai.
https://www.bharian.com.my/berit ... johor-dengan-segera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.861372 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list