CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6892|Reply: 0

[Selangor] Perjuangan hampir 2 jam demi ‘membuang’

[Copy link]
Post time 14-4-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar orang ramai beratur panjang untuk menggunakan tandas malam tadi.

PETALING JAYA – Bukan jalan raya sahaja yang sesak musim raya, tandas pun ‘sesak’ sama sehinggakan ramai terpaksa beratur lama demi melepaskan hajat masing-masing.

Pengguna TikTok @MadammeMira memuat naik video orang ramai beratur panjang menunggu giliran untuk menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Karak malam tadi.

“Memang mencabar kesabaran teramat ya,” tulisnya di kapsyen.

Melihat video situasi beratur panjang itu, orang ramai boleh dikatakan ‘geleng kepala’ dan ada juga yang sempat berseloroh berhubung perkara itu.

Meninjau ruangan komen, ada yang memberitahu bekalan air habis ketika beratur, malah terpaksa menahan buang air kecil sehingga sampai destinasi.

“Wehh tapi air tak ada masa aku tengah beratur. Tahan kencing sampai Kuala Lumpur,” kata @jajang.

“Kalau aku macam ni terpaksa lah cari semak. Darurat dah ni,” komen @muhammad Faiz Ahmad.

“Saya di belakang akak semalam. Tak tahan tunggu suami bawa pergi kilang belakang. Nasiblah guard bagi tumpang kencing. Rasa nk pecah dah pundi,” luah @zxtty. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -jam-demi-membuang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047201 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list