CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7053|Reply: 0

[Kedah] Pokok Sena alami gelombang haba, suhu lebih 40 darjah Celcius

[Copy link]
Post time 13-4-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Pokok Sena alami gelombang haba, suhu lebih 40 darjah Celcius

OlehQURRATUL AINA QUDDUS

13 April 2024 05:54pm








MetMalaysia mengeluarkan amaran panas tahap kedua iaitu gelombang haba di Pokok Sena, Kedah dan 22 kawasan lain berada di tahap berjaga-jaga. Foto hiasan




SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran panas tahap kedua iaitu gelombang haba di Pokok Sena, Kedah dan 22 kawasan lain berada di tahap berjaga-jaga.

MetMalaysia menerusi hantaran di aplikasi X melaporkan, tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.



Kawasan lain yang mengalami cuaca panas berjaga-jaga adalah Perlis, Kedah (Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Kuala Muda, Timur Laut, Kulim, Bandar Baharu, Sik, Baling dan Padang Terap) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).


Amaran cuaca panas di Semenanjung Malaysia setakat jam 4.30 petang Sabtu.




Selain itu, Gua Musang, Kelantan dan Raub, Pahang juga merupakan dua kawasan yang mengalami cuaca panas tahap satu setakat jam 4.30 petang Sabtu.



Di Sabah pula, terdapat tiga kawasan yang mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcisu iaitu di Tuaran, Tenom dan Beaufort manakala di Sarawak ialah di Limbang.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian.



Amaran cuaca panas di Sabah dan Sarawak setakat jam 4.30 petang Sabtu.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.077250 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list