CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5063|Reply: 0

[Kelantan] Lawan bedil mercun, 4 lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 11-4-2024 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Lawan bedil mercun, 4 lelaki ditahan


Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my



FOTO Tular




Kota Bharu: Polis menahan empat lelaki selepas disyaki berlawan bermain bunga api kejadian di Lembah Sireh di sini, semalam.

Terdahulu, tular satu video berdurasi lima minit 16 saat yang dimuat naik di media sosial yang memaparkan kejadian sekumpulan lelaki sedang bermain bunga api.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihak polis menahan empat lelaki berusia antara 22 hingga 27 tahun untuk tindakan lanjut.

Katanya, sebelum itu, jam 3 pagi semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima maklumat berkenaan bunyi bising di mana beberapa lelaki bermain bunga api di sekitar kawasan Pasaraya Lotus's Lembah Sireh.

"Sehubungan itu, sepasukan polis dari IPD Kota Bharu ke lokasi kejadian dan mendapati sekumpulan individu bermain bunga api secara berlawanan antara dua belah pihak di mana satu pihak berada di kawasan tepi Pasaraya Lotus's, manakala satu pihak lagi berada di atas Jambatan Sultan Yahya Petra.

"Polis menahan empat lelaki sebelum dibebaskanselepas diambil keterangan dan satu amaran keras dikeluarkan terhadap mereka supaya tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang," katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan pihak polis di tempat kejadian tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan berhubung kejadian itu.

Namun katanya, bermain bunga api sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang awam adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Individu yang sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan tindakan mengikutSeksyen 7 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207) yang boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Justeru, PDRM menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan di negara ini," katanya.



Disiarkan pada: April 11, 2024 @ 2:29pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050028 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list