CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5367|Reply: 0

[Kelantan] Pengendali feri seberang Sungai Kelantan tak menang tangan

[Copy link]
Post time 11-4-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Pengendali feri seberang Sungai Kelantan tak menang tangan


Oleh Hazira Ahmad Zaidi - April 11, 2024 @ 2:19pm [email protected]




Perkhidmatan feri Pasir Kelang yang membawa kenderaan menyeberangi Sungai Kelantan dari Kampung Pasir Kelang Baru, Pasir Kelang Lama, Buyung, Kampung Taku dan Ladang Taku sesak ketika Aidilfitri -- Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR




KUALA KRAI: Perkhidmatan feri milik Koperasi Kampung Pasir Kelang Berhad menjadi nadi utama kepada kira-kira 15,000 penduduk kampung untuk berulang-alik menyeberangi Sungai Kelantan ke bandar Kuala Krai.

Feri yang mampu membawa muatan enam kenderaan, motosikal serta penumpang pada satu-satu masa itu menjadi pilihan utama penduduk dari enam kampung iaitu Kampung Pasir Kelang Lama, Pasir Kelang Baru, Sungai Taku, Taku Estet, Kampung Bahagia dan Kampung Buyong Darul Hijrah.

Tinjauan mendapati, perkhidmatan feri menyeberangi Sungai Kelantan yang menghubungkan enam kampung berkenaan sesak sejak semalam bagi menampung kepulangan anak perantau meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Tinjauan juga mendapati hampir satu kilometer kenderaan beratur menunggu giliran untuk menggunakan perkhidmatan feri menyeberangi sungai berkenaan untuk berhari raya di rumah keluarga dan saudara mara masing-masing.

Pemandu feri, Mohamad Daniel Rusli, 22, berkata, setiap Aidilfitri saban tahun, jeti pangkalan feri itu sentiasa sesak dan dalam sehari terpaksa berulang alik lebih 100 kali untuk menyeberangi sungai.

"Penduduk dan perantau yang pulang ke kampung lebih memilih perkhidmatan feri untuk menyeberangi sungai disebabkan masa yang diambil lebih singkat iaitu hanya lima minit dengan jarak 250 meter berbanding menggunakan jalan darat untuk ke bandar Kuala Krai atau Tanah Merah.

"Pada hari biasa, feri ini beroperasi dari 7 pagi hingga 11 malam, namun ketika Aidilfitri kami beroperasi sehingga lewat pagi bagi memastikan tidak ada penumpang yang terkandas atau menunggu di jeti terlalu lama.

"Tambang yang dikenakan adalah RM1 bagi setiap individu, motosikal RM2 dan untuk kereta pula antara RM6 atau lebih bergantung kepada jenis kenderaan dan juga muatan barang yang dibawa bersama," katanya ketika ditemui di jeti feri Pasir Kelang, di sini, hari ini.

Katanya, sehari sebelum Aidilfitri, dia bersama tiga lagi pekerja lain bekerja 24 jam untuk menunggu anak perantau di jeti yang mahu menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi sungai.

"Bagaimanapun, pada hari raya pertama, operasi dihentikan sebentar untuk solat sunat Aidilfitri sebelum diteruskan semula sehinggalah jam 11 malam.

"Saya tidak berasa terbeban meskipun terpaksa bekerja pada hari raya, sebaliknya gembira melihat orang kampung dapat pulang ke rumah masing-masing selain beraya bersama saudara mara," katanya.

Mohamad Daniel berkata, dia bersyukur kerana urusannya dan beberapa pekerja lain dipermudahkan selain cuaca yang baik dan arus sungai yang tidak membahayakan.

"Walaupun sedikit penat kerana penumpang bertambah berkali ganda, puas kerana semuanya dapat dibawa dengan selamat, seterusnya merealisasikan impian ramai orang untuk beraya bersama keluarga.

"Feri menjadi satu-satunya pilihan untuk menyeberangi sungai berikutan ketiadaan jambatan yang sepatutnya sudah lama dibina di situ," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.565349 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list