CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2110|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

[Copy link]
Post time 9-4-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Aliran trafik lebuh raya Kuala Lumpur-Karak arah ke Pantai Timur lancar berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal setakat 8 pagi tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik lancar di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur).

"Bagaimanapun kita menjangka pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir," katanya.

Menurutnya, aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) juga dilaporkan lancar.


Dalam pada itu akaun rasmi Twitter PLUS Trafik memaklumkan pengaktifan 'Smartlane' di beberapa tempat, bagi melancarkan aliran trafik.

Pengaktifan itu antaranya melibatkan Kilometer (KM) 4.5 hingga KM1.9 arah selatan di antara Setia Tropika ke Pasir Gudang, KM0.4 hingga KM6 arah utara antara Pandan ke Kempas dan di kedua-dua arah melibatkan KM19 hingga KM27 di antara Senai dan Kulai. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... h-raya-utama-lancar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055497 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list