CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5140|Reply: 0

[Perak] Pemandu pelancong meninggal dunia ditimpa batu di Ipoh

[Copy link]
Post time 9-4-2024 08:31 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

IPOH: Seorang pemandu pelancong meninggal dunia akibat ditimpa batu di kawasan Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling, Taman Saikat, di sini semalam

.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya menerima makluman orang awam mengenai kejadian itu pada kira-kira 11.30 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia 44 tahun sedang membawa pelancong dari Vietnam ke Ipoh.


"Semasa berada di tempat kejadian, satu bongkah batu telah terjatuh dan mengenai kepala mangsa, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Abang Zainal Abidin berkata hasil pemeriksaan pakar forensik perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala setelah ditimpa batu.

"Pemeriksaan lanjut ke atas badan si mati, tidak menjumpai sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.
https://www.bharian.com.my/berit ... itimpa-batu-di-ipoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.095209 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list