CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7341|Reply: 2

Logo Kasut Mirip Kalimah Allah: Jangan Sebar Kandungan Provokatif

[Copy link]
Post time 8-4-2024 11:54 AM | Show all posts |Read mode





CYBERJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).


MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.


Katanya, ia termasuk membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.


“Semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini.


“Orang ramai dingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R, sebaliknya perlu laporkan kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya tadi.


Terdahulu,pihak berkuasa merampas sejumlah kasut yang menggunakan logo menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita dalam serbuan di Johor Bahru.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pemantauan dilakukan susulan tular di media sosial berkenaan dakwaan penggunaan logo dikatakan mirip kalimah Allah pada tapak kasut jenama tempatan.


Susulan itu, pengurusan Vern’s Holding Sdn. Bhd. memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2024 06:18 AM | Show all posts
takde pun rupa tulisan tu

normal muslim ni bukan jenis oversensitive dgn benda2 provocative mcm ni

payah kalau dah jenis lapar perhatian atau sekadar nak buat kecoh..

aptb
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2024 11:59 AM | Show all posts
Sape yg sebar berita ni provocative sangat ,
marilah hidup damai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.042388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list