View: 7002|Reply: 0
|
[Kedah]
Polis Kedah terima laporan logo mirip kalimah Allah, 83 pasang kasut dirampas
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh (dua dari kiri) mengesahkan menerima satu laporan berkaitan logo seakan kalimah Allah pada kasut dan merampas 83 pasang kasut di sebuah pasar raya, semalam. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI
ALOR SETAR: Polis Kedah menerima satu laporan berhubung dakwaan bentuk tulisan yang seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluaran sebuah syarikat tempatan, semalam.
Berikutan itu, polis merampas 83 pasang kasut di sebuah pasar raya di pusat bandaraya ini, semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, laporan itu dibuat oleh seorang wanita di Balai Polis Alor Setar.
Beliau berkata, wanita itu menyedari tertera seakan kalimah Allah pada tapak kasut itu yang dibelinya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Wanita terbabit merasakan ini adalah satu penghinaan dan mempersendakan terhadap agama Islam dan terus ke balai polis untuk membuat laporan.
"Kita menerima satu laporan daripada seorang wanita terbabit petang semalam dan tindakan juga sudah kita ambil.
"Malah, kita tidak mahu berkompromi kerana kita tahu isu ini adalah isu sensitif dan kita pergi kepada secara perundangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.
Katanya, polis sudah pun merakam percakapan wanita berusia 50 tahun itu dan susulan daripada itu satu serbuan dilakukan di pasar raya terbabit.
"Kita kemudian merampas 83 pasang kasut yang terkait dengan kalimah Allah.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan menerima lapan laporan iaitu dua dibuat di Johor, dua di Pahang dan dua di Terengganu manakala masing-masing satu laporan di Pulau Pinang serta Kedah.
Razarudin dilaporkan berkata, polis sudah pun membuka kertas siasatan berhubung logo kasut keluaran sebuah syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.
Ia susulan penularan foto kasut yang memaparkan logo berkenaan sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lah-83-pasang-kasut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|