CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7756|Reply: 0

[Johor] Pulau Kukup akan dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya Mei - EXCO

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:50 AM | Show all posts |Read mode

Foto Portal Majlis Perbandaran Pontian

PONTIAN: Pulau Kukup dekat sini akan dibuka semula kepada orang ramai pada hujung bulan ini atau awal Mei depan setelah ditutup lebih empat tahun atas faktor keselamatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, berkata pulau berkenaan yang juga destinasi popular dalam kalangan pelancong ditutup pada 2019 antaranya kerana jeti di situ dikategorikan tidak selamat.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM600,000 untuk membina jeti pelampung sementara selain dana RM2.4 juta melalui Koridor Ekonomi Wilayah Iskandar (IRDA) bagi membaiki kerosakan dan mempertingkatkan kemudahan serta laluan ke pulau itu.

"Kedua-dua projek berkenaan bernilai RM3 juta kini sudah siap dan Taman Negara Johor memutuskan untuk membuka semula Pulau Kukup dalam masa yang terdekat bagi membolehkan lebih ramai pelancong dan pencinta alam sekitar ke sini," katanya melalui hantaran di Facebook.


Bagaimanapun, katanya, pihak Taman Negara Johor akan mengehadkan jumlah pengunjung kerana kapasiti jeti pelampung sementara itu tidak mampu menerima kehadiran besar pelancong secara serentak.

Dalam pada itu, Tian Soon berkata, Taman Negara Johor menerima peruntukan RM20 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk tujuan pembinaan jeti baharu serta fasiliti lain.

Beliau berkata, pelancong boleh menikmati suasana hutan bakau di pulau yang berkeluasan 647 hektar itu selain beberapa ruang aktiviti dan tempat swafoto telah ditambah bagi kemudahan pengunjung. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ng-selewat-lewatnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.045041 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list