CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7694|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Logo kasut mirip kalimah Allah: MCMC akan ambil tindakan terhadap pihak cetus ketegangan

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:46 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

Putrajaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika ada pihak mengambil kesempatan isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah.

MCMC menerusi kenyataan hari ini, berkata pihaknya memberi amaran supaya tidak ada pihak menyebarkan kandungan bersifat provokatif dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

"Susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, MCMC menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial membabitkan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk polis.

"Semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini," katanya.


Justeru, orang ramai diingatkan tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (kaum, raja, agama), sebaliknya melaporkan kepada MCMC dan polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata, polis membuka kertas siasatan berhubung logo kasut keluaran sebuah syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Ia susulan tular foto kasut yang memaparkan logo berkenaan sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Selain itu, Jakim pula dilaporkan akan memanggil pihak berkaitan untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu, hari ini.

Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya dengan jelas membuat tindakan yang menghina Islam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akan-terhadap-pihak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.076604 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list