CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23830|Reply: 3

[Tempatan] Padah tekan minyak melebihi 130 kmsj

[Copy link]
Post time 7-4-2024 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-4-2024 11:20 PM

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 16,142 kesalahan memandu melebihi had laju di antara 130 sehingga 170 kilometer per jam (kmsj) dalam tempoh enam hari Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula Isnin lalu.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kesalahan itu direkodkan melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dipasang di seluruh negara dan AWAS turut merekodkan kesalahan memandu melebihi 170kmsj membabitkan kira-kira 800 kenderaan.

“Hasil operasi bermula 1 April lalu sehingga semalam, didapati kebanyakan kes yang direkodkan membabitkan kes memandu laju di mana 95 peratus memandu pada kelajuan 130kmsj hingga 170kmsj , manakala lima peratus lagi memandu melebihi 170kmsj.

“Memandu dengan kelajuan sedemikian merupakan satu risiko yang sangat tinggi kerana bukan sahaja menyebabkan kemalangan malah kemalangan maut. Patuhilah had laju yang ditetapkan pada musim perayaan ini.

“Bagi jalan-jalan Persekutuan, had laju diturunkan daripada 90kmsj kepada 80kmsj manakala had laju di lebuh raya masih kekal 110kmsj,” katanya pada sidang akhbar sempena Operasi Bersepadu Motosikal Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 di Bandar Meru Raya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 12:23 AM | Show all posts
kalau diorang patuh arahan lalu lintas
16142 kenderaan akan berada diatas jalan-raya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Last week aku tersilap tekan 210 km/h...

Sedap woo smooth.. aku ingatkan baru tekan 150 km/h... tak rasa apa wei... mmg thorbaikkkkk 6GT

Nnti nak compare dengan porsche cayman s 718 laki aku punya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tekan je lah nanti beratur bayor diskaun! Apa hal…Bolehland!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053453 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list