CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10181|Reply: 0

[Selangor] Penghantar barang larikan iPhone X selepas berpura-pura jadi pelanggan sudah ditahan polis

[Copy link]
Post time 7-4-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang Jaya: Seorang penghantar barang ditahan polis malam tadi, selepas melarikan seunit telefon bimbit iPhone X ketika berpura-pura menjadi pelanggan di sebuah pasar raya di Ampang, di sini, 27 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, terdahulu, pada 27 Mac lalu, pihaknya menerima laporan dibuat oleh wanita berusia 32 tahun berkaitan kejadian terbabit.

"Wanita itu membuat laporan berkaitan seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan mencuri telefon bimbit berkenaan.

"Katanya, pada kejadian jam 3.30 petang itu, pekerjanya menyerahkan telefon bimbit berkenaan kepada suspek kerana percaya suspek hendak membelinya," katanya pada kenyataan, hari ini.


Menurut beliau, ketika pekerja itu sibuk berurusan dengan pelanggan lain, suspek beredar dengan membawa bersama telefon bimbit itu menyebabkannya kerugian RM900.

"Hasil risikan, jam 12.10 tengah malam tadi, kami menahan suspek yang berusia 40 tahun di sebuah pangsapuri di Sungai Chua, Kajang," katanya.

Mohd Azam berkata, ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif ganja selain memiliki dua rekod jenayah lampau dan dua rekod lampau berkaitan dadah.

"Suspek juga sudah menjual telefon bimbit yang dicuri itu. Dia kini direman empat hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pura-jadi-pelanggan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.098689 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list