CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7423|Reply: 0

[Selangor] Dugaan raya, buat baju Melayu dapat baju kebaya

[Copy link]
Post time 7-4-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

Foto baju Melayu yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa keliru dengan baju Melayu yang diterimanya berikutan terdapat jahitan lisu atau dart pada pakaian berkenaan.

Lelaki tersebut dipercayai mengupah tukang jahit untuk membuat baju Melayu itu menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di Facebook Faqih Syakiran, dia memaparkan foto baju Melayu tersebut yang memiliki jahitan lisu pada bahagian belakang.

Jahitan tersebut yang lebih dikenali sebagai ‘dart’ lazimnya terdapat pada pakaian wanita bagi membentuk kontur badan seperti di dada dan pinggang.

“Dugaan raya, tak tahu ini baju Melayu ke baju kebaya?” seloroh Faqih.

Rata-rata terhibur dengan perkongsian tersebut dan beranggapan bahawa tukang jahit baju berkenaan secara tidak sengaja tersilap meletakkan jahitan terbabit.

“Pernah terfikir nak buat baju lelaki macam ini nampak ‘slim fit’. Bila tengok foto adik ini tergelak akak. Kalau tak naya akak pagi raya nanti,” kata Rzuera.

“Untung baju ini boleh kongsi suami isteri. Hari ini lelaki pakai baju Melayu, esok isteri pakai sebagai baju kurung. Bijak tukang jahit,” ujar Mimi.

“Aduh, baju pun keliru identiti. Dia boleh pula tersilap letak dart dekat baju engkau,” jelas Mastura. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -dapat-baju-kebaya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.275539 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list