CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4972|Reply: 0

[Perak] 30 pelajar sekolah menengah ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode

Acp Abang Zainal (dua kanan) memerika motosikal yang disita padar Op Bersepadu Samseng Jalanan. FOTO L Manimaran

Ipoh: Seramai 30 pelajar sekolah menengah antara 178 individu yang ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang, di sini, awal pagi tadi.

Operasi bermula 2.30 pagi itu dijalankan sepasukan 72 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan terdiri daripada 166 lelaki dan 12 perempuan berusia antara 15 hingga 34 tahun.

"Antara yang ditahan ialah 30 pelajar sekolah menengah dan empat penuntut institut pengajian tinggi (IPT).


"Daripada 143 motosikal yang ditahan, sejumlah 19 motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk paling serius ialah mengubahsuai kenderaan mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 302 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya," katanya pada sidang media di Unit Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh AADK mendapati lima individu positif dadah dengan seorang daripadanya pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lalu.

"Lima individu itu akan diambil tindakan seterusnya oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ipoh dan AADK.

"Operasi ini dirancang bagi tujuan membanteras aktiviti samseng jalanan yang mana pihak polis mendapat banyak aduan daripada penduduk kerana ganggu ketenteraman awam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ops-samseng-jalanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.243947 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list