CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4681|Reply: 0

[Pulau Pinang] Laman Tok Mah jadi tumpuan rasai suasana beraya di kampung

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang membangkitkan suasana beraya di kampung dengan bermain bunga api. FOTO Nur Izzati Mohamad

Tasek Gelugor: Sebuah rumah klasik dua tingkat berusia lebih 50 tahun dikenali 'Laman Tok Mah' di Pokok Tampang, di sini, menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merehatkan minda sambil merasai suasana beraya di kampung.

Terdahulu rumah peninggalan keluarga yang dijaga Mohamad Yazdi Yaacop, 43, bersama isteri, Siti Zaitun Suid, 41, itu kerap dikunjungi orang awam pada setiap minggu sebelum Ramadan untuk menikmati pelbagai juadah sarapan pagi 'ala kampung' yang dijual.

Siti Zaitun berkata, dia mendapat mesej daripada beberapa pelanggan yang bertanya mengenai operasi Laman Tok Mah ketika Ramadan selain ada permintaan daripada beberapa agensi serta institusi pendidikan yang mahu mengadakan sesi penggambaran di sini.

"Atas permintaan itu, kita membuka operasi Laman Tok Mah sejak 2 April lalu yang sebelum ini pun kita hanya beroperasi pada setiap hujung minggu saja.


"Kita menjual makanan dan minuman untuk moreh, namun pelanggan juga boleh membawa makanan dan minuman mereka sendiri. Konsep kita hanya untuk santai serta nak menggembirakan orang sekeliling yang ingin dapatkan suasana tenang dan damai.

"Pada masa sama, kita turut hias rumah dengan pelita maka sesiapa yang datang boleh bermain bunga api sambil bergambar berlatarbelakangkan rumah kampung peninggalan nenek moyang suami saya," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Siti Zaitun berkata, Laman Tok Mah sebenarnya berasal dari kediaman yang diduduki oleh Tok Mah atau nama sebenar Tinah Kanis iaitu nenek kepada suami yang sudah meninggal dunia.

"Suami menetap di sini semasa kecil dan selepas berkahwin kami yang tinggal di Padang Serai, Kedah mendapati rumah ini ditinggalkan tanpa penjagaan sesiapa.

"Melihat keadaan itu, timbul rasa sayang hingga saya dan suami cuba menghidupkan kembali nostalgia rumah ini sejak Oktober 2022 dengan perniagaan kecil-kecilan pada hujung minggu yang tidak sangka menjadi tumpuan ramai.

"Struktur rumah kayu ini juga masih elok dan kami hanya menambah baik sistem pendawaian dan membaiki bahagian rumah jika ada yang kelihatan usang bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin dan keadaan rumah terpelihara," katanya.

Siti Zaitun berkata, dia dan suaminya merancang pelbagai aktiviti pada masa akan datang bertujuan terus memelihara rumah berkenaan.

"Selepas ini, mungkin kita akan buat tempat himpunan pencinta kucing. Kita perlu variasikan aktiviti sebab kita nak rumah ini sentiasa ada orang dan dimanfaatkan sepenuhnya supaya ia boleh dikekalkan untuk generasi akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-beraya-di-kampung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.048065 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list