CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17569|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua wanita 'keldai akaun' sindiket tawar pekerjaan tidak wujud ditahan

[Copy link]
Post time 7-4-2024 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Dua wanita 'keldai akaun' sindiket tawar pekerjaan tidak wujud ditahan

06 April 2024 09:42pm




Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan. Gambar hiasan




BALIK PULAU - Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, dua wanita berumur 30 dan 65 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya di Bayan Lepas bagi membantu siasatan.



"Dalam kes pertama, wanita berumur 30 tahun itu ditahan menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan penipuan tawaran kerja yang tidak wujud melalui dalam talian.

"Berdasarkan siasatan, mangsa telah diberikan pautan Amazon untuk tawaran kerja terbabit dan seterusnya mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun bank membabitkan jumlah keseluruhan RM43,349," katanya ketika dihubungi Bernama malam Sabtu.



Bagi kes melibatkan wanita warga emas, beliau berkata, dia ditahan dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan iaitu memperdaya mangsa dalam urusan kerja sambilan tidak wujud melalui dalam talian susulan laporan polis di Bayan Baru di sini.

Kamarul Rizal berkata, berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat 12 transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM31,689.80 dan hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas tidak mendapat kerja sambilan yang ditawarkan serta duit simpanannya turut lesap.

Beliau berkata, kedua-dua wanita itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.037569 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list