CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11925|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penduduk Pulau Pinang diminta kurangkan guna air 10 peratus - PBAPP

[Copy link]
Post time 6-4-2024 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Pulau Pinang diminta kurangkan guna air 10 peratus - PBAPP

06 April 2024 05:42pm








Gambar hiasan.




GEORGE TOWN - Penduduk di Pulau Pinang dinasihatkan agar mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus mulai bulan ini sehingga Jun, bagi memastikan bekalan air di negeri itu mencukupi tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata, pengguna juga dinasihatkan supaya berhemat menggunakan air sehingga hujan tiba, bagi menambah simpanan air mentah Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.



"Pada Mac lepas, PBAPP merekodkan 66.5 milimeter (mm) hujan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan telah berusaha untuk menstabilkan kapasiti efektif empangan ini, melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP2024).

"Kapasiti efektik empangan turun dua peratus dalam tempoh 31 hari, sementara kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang turun 11 peratus dalam tempoh sama dan taburan hujan yang direkodkan di KTA Empangan Teluk Bahang ialah 133mm pada Mac,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.



Pathmanathan berkata, kapasiti efektif maksimum Empangan Teluk Bahang ialah 18,240 juta liter (ML) manakala kapasiti efektif Empangan Air Itam ialah 2,160ML.

Dalam pada itu, beliau berkata, ramalan cuaca antarabangsa menyatakan, fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kering pada suku pertama 2024, berkemungkinan memberi laluan kepada fenomena La Nina di mana cuaca lembab dan hujan lebat yang akan bermula dari Mei, Jun atau Julai tahun ini.



"METMalaysia meramalkan hujan sederhana untuk Pulau Pinang pada April, Mei, Jun dan Julai ini.

"Bagaimanapun, ini adalah ramalan dan kita tidak pasti bahawa hujan sebenar akan mencukupi untuk meningkatkan kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang dengan ketara,” katanya. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list