View: 6147|Reply: 1
|
Chea Young Twice dan Zion T rupanya dah 6 bulan bercinta
[Copy link]
|
|
![](https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F05%2F2630241.jpg)
Chae Young dan Zion T sah bercinta.
KHABAR angin mengenai hubungan istimewa anggota Twice iaitu Chae Young dan Zion T akhirnya terjawab apabila pasangan itu disahkan bercinta.
Menurut laporan Allkpop, mereka dikatakan telah menjalinkan hubungan selama enam bulan dan hanya dihidu sejak kebelakangan ini.
Katanya, mereka berkenalan melalui seorang rakan sebelum mula berubah menjadi kekasih.
![](https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/05/2630240.jpg)
Pasangan ini berkenalan melalui seorang rakan.
Mereka juga dikatakan tidak merahsiakan hubungan dan dilihat kerap keluar bersama secara terbuka.
Malah mereka pernah meluangkan masa bersama-sama di Hannam dan Yeonhui.
Malah pihak agensi Chae Young juga mengesahkan hubungan mereka dan tidak menghalang percintaan tersebut.
"Mereka berdua sedang bercinta dengan perasaan positif antara satu sama lain dan juga saling menyokong," katanya.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... ah-6-bulan-bercinta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Taste lelaki member twice ini jenis lelaki tk hensem tu ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|