CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3878|Reply: 3

[Dunia] Pencuri menyamar jadi beg sampah

[Copy link]
Post time 6-4-2024 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Pencuri menyamar jadi beg sampah

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ar-jadi-beg-sampah/

Oleh KOSMO
5 April 2024, 10:00 pm


Rakaman kamera pintu Munoz memaparkan pelaku sedang membongkok di bawah beg sampah kemudian menghampiri pintu hadapan dan mencuri bungkusan. – IST

LOS ANGELES, CALIFORNIA  –  Seorang individu tidak dikenali sanggup menyamar sebagai beg sampah untuk mencuri bungkusan mel yang ditinggalkan di depan pintu sebuah kediaman, lapor stesen penyiaran FoxNews semalam.

Kejadian berlaku di luar rumah Omar Gabriel Munoz, di Sacramento County, negeri California pada 29 Mac lalu.

Rakaman kamera pintu Munoz memaparkan pelaku sedang membongkok di bawah beg sampah kemudian menghampiri pintu hadapan dan mencuri bungkusan mel.

Satu-satunya bahagian badan pelaku yang boleh dilihat adalah kakinya yang memakai sandal putih.

Bungkusan mel itu mempunyai dua pengecas iPhone yang dipesan secara  online dan berharga  AS$10 (RM47.24), kata Munoz kepada Fox News.

“Pada mulanya saya agak marah tetapi apabila saya melihat video itu sekali lagi saya ketawa kerana pelaku begitu kreatif,” kata Munoz.

Dia tidak melaporkan kecurian itu kepada polis kerana berpendapat bahawa ‘pihak berkuasa mempunyai perkara lebih penting untuk diselesaikan’. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 09:43 AM | Show all posts
ntah2 dlm parcel tu benda yg murah2 je sbb tu x baloi nk report
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengecas Ipong tiruan buatan PRC ketewwww? 2 pengecas rega 10 dollar, so 5 dollar satu. Tak berbaloi langsong

Ujong2 pencurik sakit kaki lutut tulang belakang segala duk membongkok2 semata2 nak curik menda rega 10 dollar jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13396 Replies : 50
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3375 Replies : 20
MidJourney: AI Yang Mencipta Seni Digital Berdasarkan Arahan Teks
YteeMidJourney: AI Yang Mencipta Seni Digita
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202801 Replies : 4828
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12364 Replies : 193
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11816 Replies : 15
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14467 Replies : 85
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 12343 Replies : 22
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8656 Replies : 35
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17164 Replies : 81

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.432965 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list