CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7607|Reply: 8

Beg Tangan Daripada 99% Udara Dan 1% Kaca, Ini Fakta Tentang Air Swipe Bag

[Copy link]
Post time 6-4-2024 06:13 AM | Show all posts |Read mode




DUNIA fesyen menghidangkan rekaan-rekaan yang unik dan di luar logikal akal manusia. Rekaan sebegitu  memeriahkan lagi industri fesyen dan memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai di seluruh dunia.


Salah satu rekaan unik yang menjadi bualan pada ketika ini ialah beg yang diperbuat daripada 99 peratus (%) udara dan 1% kaca dengan berat 37 gram.


Beg tangan yang diberi nama Air Swipe itu merupakan hasil rekaan daripada jenama fesyen dari Perancis, Coperni yang diperbuat daripada pepejal paling ringan di bumi iaitu aerogel.  


Setiap tahun, Coperni mencipta semula beg tangan yang popular dengan cara yang unik dan merangsang pemikiran.


Tahun lepas, jenama itu mencipta beg tangan ‘meteorit’ edisi terhad yang diukir tangan daripada meteorit yang jatuh di bumi beribu-ribu tahun yang lalu.


Manakala pada tahun ini, jenama dari Perancis itu bekerjasama dengan penyelidik Yunani dan artis visual, Ioannis Michaloudis untuk mencipta beg tangan paling ringan di dunia.


Dengan menggunakan bahan ultra-ringan, membolehkan Michaloudis mencipta beg tangan bersaiz 27cm x 16cmx 6cm yang sangat ringan.






Silica aerogel  adalah bahan pepejal paling ringan di dunia kerana ia terdiri daripada 99% udara dan 1% kaca.


Ia dihasilkan dalam acuan keluli tahan karat melalui proses pengeringan khas yang menggunakan suhu dan tekanan tertentu untuk mengubah cecair menjadi kaca.


Walaupun sangat halus, aerogel tidaklah serapuh yang anda sangkakan.


Ia boleh menahan tekanan 4,000 kali ganda beratnya dan berada dalam suhu sehingga 1,200 darjah Celcius, jadi jika anda tertanya-tanya sama ada beg Air Swipe sebenarnya kukuh dan boleh memuatkan apa-apa sahaja,  jawapannya adalah ‘ya’!


“Materialnya adalah antara sesuatu yang ada dan sesuatu yang tidak wujud. Ia juga berada dalam keadaan di antara ini seperti keadaan malaikat,” kata Michaloudis.


Coperni Air Swipe Bag membuat penampilan sulungnya di pertunjukan fesyen 2024 semasa Minggu Fesyen Paris dan telah menjadi bualan dunia sejak itu.


Menariknya, pada tahun 2019, tukang di studio reka bentuk yang berpangkalan di London, Bompass & Parr menggunakan teknologi aerogel untuk mencipta pencuci mulut paling ringan di dunia iaitu 96% udara dan seberat hanya satu gram.


Sumber – RELEVAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Buleh buh apa ja dalam beg tu nampak cam kecik pun ada. Mau aku la, macam2 dah sumbat, sebab tu sekarang selesa guna ladies backpack. Wallet, hp, tissue, losyen, compact powder, lipbalm, lipstick, card holder, hand sanitizer, card2 appointment anak, pen, resit2 shopping, kain napkin anak pun aku sumbat dalam beg tu jugak, kunci2 eh macam2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:41 AM | Show all posts
TT baru kuar gua ke
Beg Aerogel ni orang dah perkata dari bulan Mac lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
beg obor-obor
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali pandang ingatkan cerita pasal toilet seat cover
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:30 PM | Show all posts
kecik je, x muat kot brg2 aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan beg ni macam lembik lembik rupanya keras. maybe texture macam bulb lampu tu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau tak muat isi brg kita, tak praktikal . atau muat tapi kad2 & cash tak organized dlm tu, nak letak card holder mmg takkan muat?

Rekaan yg sesialah kogitu. Tak serve the purpose
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 01:56 PM | Show all posts
Hideous namampos
Tapi, rega kemainnn bakalan jual ribu-riban dollar khennn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069915 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list