View: 2248|Reply: 0
|
[Johor]
10 bulan dalam penjara amat memeritkan
[Copy link]
|
|
BOY bersalaman dengan Pengarah Penjara Negeri Johor, Timbalan Komisioner Meor Azizi Sapawi Ahmad Sepuan selepas dibebaskan melalui program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di Penjara Kluang hari ini.
KLUANG – Walaupun menjalani hukuman hanya 10 bulan, namun ia dianggap satu pengalaman yang amat memeritkan dan menjadi pengajaran untuk dijadikan panduan hidup pada masa mendatang.
Banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Boy, 42, berkata, walaupun hanya memiliki 22 gram dadah jenis syabu namun hukumannya meninggalkan kesan mendalam yang akan dibawa hingga akhir usia.
Katanya, akibat daripada kesalahan itu, dia dikenakan hukuman dua tahun penjara dan tiga sebatan membuatkan dirinya menginsafi kesalahan dilakukan dan akan “cuci tangan” selepas dibebaskan kira-kira enam bulan lebih awal dari tempoh sebenar tahanan.
“Seminggu tidur meniarap selepas mendapat hukuman sebat dan kesakitan dirasakan ketika sebatan dilakukan hanya Allah sahaja yang tahu.
“Demi Allah untuk keluarga tercinta, kesalahan ini tidak akan diulangi lagi dan akan mencari rezeki halal untuk menyara keluarga bersama isteri,” katanya.
Boy merupakan salah seorang banduan daripada 77 orang tahanan yang dibebaskan dalam majlis Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di Penjara Kluang hari ini.
Menurutnya, walaupun tidak merasa kehibaan hari raya di dalam tirai besi kerana ditahan seminggu sebelum hari raya Aidiladha tahun lepas namun tetap rasa bersyukur apabila dibebaskan kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.
Ujarnya, sememangnya suasana sambutan hari raya Aidilfitri amat dinanti oleh setiap keluarga untuk bersama orang-orang tersayang dan pembebasan ini amat bermakna baginya.
“Dengan parut kesan sebatan yang kekal menjadi tanda ingatan pada saya untuk tidak mengulangi kesalahan ini dan akan menjadikannya sebagai panduan kepada rakan-rakan agar tidak melakukannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ra-amat-memeritkan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|