CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2467|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kupang beracun mungkin berpunca pencemaran logam berat - Aktivis

[Copy link]
Post time 4-4-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode

Pihak berkuasa mengambil sampel kupang dan kerang di Kampung Telok serta Sungai Sekawang, Port Dickson. - Foto ihsan Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang

SEREMBAN: Insiden keracunan membabitkan kupang di Port Dickson berkemungkinan ada kaitan dengan pencemaran logam berat.

Aktivis Alam Sekitar, Noor Fadzli Shah, berkata pencemaran logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri banyak dikesan di kawasan muara sungai dan di sepanjang Selat Melaka.

"Haiwan bercengkerang ini mendiami habitatnya dan tidak bergerak ke tempat lain bagi memperoleh sumber makanan.

"Tidak ramai yang sedar kesan pencemaran logam berat daripada sumber makanan laut boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia," katanya.



Beliau mengulas kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan kupang dan kerang dari perairan Port Dickson selepas lapan individu terpaksa dimasukkan ke hospital dengan dua daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mengulas lanjut, Noor Fadzli berkata, keadaan laut Selat Melaka yang cetek dan peningkatan sektor perindustrian di kawasan pelabuhan serta muara sungai menjadikan ia penyumbang utama pencemaran terbabit.

https://www.bharian.com.my/berit ... logam-berat-aktivis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.124910 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list