CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4585|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Gelap mata dengan pulangan lumayan, lelaki rugi lebih RM200,000

[Copy link]
Post time 4-4-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

Nilai: Gelap mata dengan pulangan lumayan skim pelaburan dalam talian, seorang lelaki akhirnya menanggung kerugian lebih RM200,000 apabila terjebak melabur dengan sindiket berkenaan.

Difahamkan, mangsa mula 'melaburkan' wangnya sejak Januari lalu menerusi 11 transaksi ke akaun berlainan selepas dihubungi individu yang mengaku dari bahagian khidmat pelanggan sebuah syarikat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kira-kira 6.30 petang semalam, kaunter aduan Balai Polis Nilai menerima satu aduan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an mengenai kejadian itu.

"Mangsa menyatakan pada 15 Januari 2024, dia menerima satu panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali mengaku sebagai wakil khidmat pelanggan M+ Plus Online yang menawarkan skim pelaburan Goldmans Sach (GS) untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.


"Pengadu membuat 11 transaksi berjumlah RM229,514 ke pelbagai akaun yang diberikan suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Malik berkata, pengadu menyedari ditipu selepas gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan yang dijanjikan bagi pelaburan yang dibuat.

Ujarnya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terbabit untuk siasatan lanjut.

"Pihak polis menasihatkan orang awam supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan atau skim cepat kaya untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rugi-lebih-rm200000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060887 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list