CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4667|Reply: 0

[Perak] Perak cipta sejarah, hasilkan bawang pertama Malaysia

[Copy link]
Post time 3-4-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

ARTHUR (kanan) menuai bawang merah jenis BW1 di Projek Pembangunan Tanaman Bawang di Kampung Ladang Bikam, dekat Sungkai. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Tanjung Malim: Perak menjadi negeri pertama di Malaysia berjaya menuai hasil bawang tempatan jenis BW1 membabitkan berat sekitar 2.3 tan metrik di Kampung Ladang Bikam di sini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri itu sebelum ini dilaksanakan secara tiga fasa di kawasan seluas satu hektar, menyasarkan pengeluaran hasil kira-kira empat tan metrik per hektar.

"Bagi penuaian pertama, ia membabitkan fasa satu di kawasan seluas 0.6 hektar dengan hasil pengeluaran sekitar 2.3 tan metrik. Selepas ini, penuaian akan bersambung kepada fasa dua dan fasa tiga.

"Saya yakin projek rintis ini mampu menjadi pencetus kepada pengeluaran bawang dalam negara sekali gus memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import," katanya pada Majlis Tuaian Hasil Projek Rintis Tanaman Bawang Secara Besar-Besaran di sini, tadi.


Turut hadir Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Christopher John Biai dan Pengarah Pertanian Negeri Perak Norsiyenti Othman.

Dalam pada itu katanya semua hasil pengeluaran itu akan dipasarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke mana-mana lokasi yang mempunyai permintaan tinggi.

Selain itu, beliau berkata, Perak adalah antara enam negeri yang akan menjadi hab pengeluaran tanaman bawang tempatan jenis BW1 di Malaysia bagi kegunaan domestik.

Beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan memandangkan kerajaan negeri turut menyokong usaha berkenaan untuk diperluaskan di seluruh Perak.

"Pihak kementerian sudah mengenal pasti enam negeri iaitu Perak, Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan. Semua ini adalah perancangan dan sasaran kita untuk mencapai kadar sara diri (SSL) bawang tempatan sebanyak 30 peratus menjelang 2030.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-pertama-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.590066 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list