CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3361|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kereta menggelongsor langgar gerai, suami isteri dituduh cuai

[Copy link]
Post time 3-4-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Seorang daripada dua tertuduh, Siti Salasiah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah. - Foto NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

KUALA PILAH: Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing dengan dua dan satu pertuduhan kerana cuai susulan kereta di parkir menggelongsor di bazar Ramadan Kuala Klawang dalam kejadian 12 Mac lalu.

Kejadian itu menyebabkan seorang peniaga melecur 25 peratus terkena minyak panas.

Bagi pertuduhan dibacakan secara bersama, Siti Salasiah Jumaah, 25, dan Muhammad Firdaus Shariman, 32, didapati mendedahkan dua kanak-kanak berusia lima dan satu tahun dengan cara meninggalkan mereka di dalam sebuah kenderaan tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan yang mungkin akan menyebabkan kedua-dua kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal.

Oleh yang demikian, kedua-dua tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.


Kedua-dua tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norma Ismail.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menetapkan 2 Mei ini bagi bacaan fakta kes dan hukuman.

Mahkamah turut membenarkan kedua-duanya diberi jaminan RM5,000 setiap seorang selain syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Di mahkamah sama, Siti Salasiah turut berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan.

Dia sebagai pemandu kenderaan kereta jenis Proton Persona telah meninggalkan kenderaan tersebut dalam keadaan enjin tidak dimatikan tanpa pengawasan, dengan cuai menyebabkan kecederaan parah kepada Muhammad Efandi Kamarudin, 40.

Dia turut mengaku salah melakukan perbuatan itu, mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan RM1,000 dan menetapkan 3 Mei ini bagi sebutan fakta kes dan hukuman.

Kedua-duanya ketika rayuan memohon mahkamah mengurangkan jaminan berikutan tidak mampu membayar jaminan yang tinggi.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.bharian.com.my/berit ... isteri-dituduh-cuai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.654414 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list