CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5345|Reply: 0

[Johor] Lelaki pecah bingkai gambar Sultan Johor, TMJ diarah bela diri

[Copy link]
Post time 31-3-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH, Muthadin Ahmad keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas diarah bela diri. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan seorang lelaki yang berhadapan tiga pertuduhan termasuk memecah bingkai gambar Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor, tiga tahun lalu supaya membela diri atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Majistret Siti Zubaidah Mahat membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Muthadin Ahmad, 46, selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya prima facie dalam semua kes terbabit.

"Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah menyimpulkan bahawa terdapat prima facie dalam kes ini.

"Oleh itu, kamu (tertuduh) diarahkan membela diri dan mahkamah akan memberi tiga pilihan pembelaan sama ada akuan bersumpah dari kandang saksi, akuan tak bersumpah ataupun memilih untuk berdiam diri," katanya.


Selepas penghakiman itu, tertuduh memberitahu mahkamah dia memilih akaun bersumpah dari kandang saksi.

Ketika ditanya berapa saksi akan dikemukakan kelak, tertuduh memberitahu sekitar dua atau tiga orang dan mereka akan memberi keterangan secara lisan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 April dan 26 Mei ini untuk tertuduh membuat akuan bersumpah.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh didakwa menghalang penjawat di sebuah premis, di Jalan Akil, di sini jam 10 pagi, 8 Disember 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati melakukan khianat dengan memecahkan bingkai gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasu bunga milik syarikat pinjaman.

Bagi kes ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan terakhir, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap lelaki berusia 36 tahun dengan kesemua kejadian berlaku di tempat sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mj-diarah-bela-diri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.218688 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list