CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18933|Reply: 173

[Tempatan] Peniaga biskut raya terkesan dengan kemerosotan tempahan biskut raya.Anda terkesan?

  [Copy link]
Post time 31-3-2024 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 31-3-2024 06:17 AM

SHAH ALAM – Peniaga biskut raya antara individu yang paling sibuk setiap kali menjelang sambut hari raya kerana menyiapkan tempahan daripada pelanggan.


Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan mereka berhadapan dengan kemerosotan tempahan biskut raya sehingga 50 peratus berbanding tahun lepas.

Peniaga biskut raya di Selangor, Noor Hafiza Che Abdullah, 36, berkata, tempahan yang diterima berkurang daripada 600 bekas kepada 300 bekas pada tahun ini.

Menurutnya, dia dapat menjangka penurunan jumlah tempahan disebabkan ada peniaga lain yang menawarkan jualan bajet bernilai RM100 untuk lima jenis biskut.

“Saya tidak nafikan bahawa jualan bajet ini sebenarnya membantu pembeli untuk mendapatkan biskut-biskut raya mengikut kemampuan mereka.

“Bagaimanapun, saya (peniaga kecil) tidak mampu untuk menjual dengan harga sedemikian. Kalau jual (biskut bajet), saya tidak akan menerima keuntungan yang sepatutnya dan ini akan merugikan saya,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Tambahnya, kemerosotan tempahan itu juga mungkin disebabkan oleh jenis biskut yang dijual tidak menepati cita rasa pembeli.

Jelas Noor Hafiza, tahun ini dia hanya menjual sebanyak sembilan jenis biskut raya berbanding 11 pada tahun lalu.

“Saya terpaksa mengeluarkan Almond Pod Biscoff dan Tart Nanas daripada senarai jualan kerana harga jem nanas dan biscoff naik begitu mendadak.

“Tahun lalu, harga jem di pasaran hanya RM10.90 sahaja tetapi tahun ini naik sebanyak 50 peratus kepada RM15.90. Bagi peniaga kecil, ini bukan kenaikan yang sedikit tetapi besar kerana kami membeli dengan kuantiti yang banyak,” luah ibu kepada dua orang anak itu.

Sementara itu, peniaga biskut di Perak, Nor Azuwa Md Hashim, 38, berkata, dia turut berhadapan dengan kemerosotan jumlah tempahan sebanyak 30 peratus.

“Saya betul-betul terkesan kerana jumlah jualan berkurang tetapi saya terpaksa mengeluarkan modal sehingga RM23,000 berbanding RM16,000 pada tahun lalu.

“Perbezaan sebanyak RM7,000. Ini membuktikan bahawa harga bahan-bahan biskut naik begitu mendadak pada tahun ini,” ujar ibu kepada dua orang anak itu.

Bagaimanapun, Nor Azuwa berkata, walaupun modal yang dikeluarkan besar, dia sama sekali tidak mahu mengambil pendekatan untuk memindahkan kos itu kepada pembeli.

Tambahnya, dia khuatir tindakan dengan menaikkan harga hanya kerana mahu keuntungan berlipat kali ganda menyebabkan mereka enggan membuat pembelian.

Pada masa sama, Norhidayati Safiee, 38, berkata, landskap perniagaan pada tahun ini ternyata berbeza berbanding tahun lalu kerana dia terpaksa mengeluarkan modal yang besar walaupun tempahan berkurang.

“Tempahan biskut raya yang saya terima pada tahun ini berkurang sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu. Walaupun tempahan itu berkurang sedikit tetapi nilainya besar bagi saya.

“Kalau difikirkan semula, jika tempahan berkurang ia bermakna modal yang diperlukan untuk membuat biskut turut berkurangan tetapi hari ini, modal semakin bertambah,” katanya.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan para peniaga memperoleh keuntungan yang lebih kecil berbanding tahun lalu kerana harga barang meningkat hari demi hari.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham terkesan cemana.. Ramai giler org kat mitec tadi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 31-3-2024 06:28 AM
Tak faham terkesan cemana.. Ramai giler org kat mitec tadi

Terkesan tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Try la pegi tgk emy cookies klang. Beratur sampai ke luar pagar dlm panas terik. Bukak pukul 9.00, pukul 8 lebih da ramai beratur. Pegi study mcm mana dia boleh berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak paling tak suka dengan selotep keliling penutup  bekas kuih raya tu, susah betul nak cari punca, tak payah selotep tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
azlina ina ada buat jualan 100
sempat tu

dah kalau rugi takyah jual
org pun nak jimat2 skrg ni sis

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la..tak sampai katalog biskut raya kt hakak taun ni...nanti tg time hakak takleh pose hakak godek2 buat la skit2...lg plak tak jumpa biskut rasa best beb thn ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 07:28 AM | Show all posts
beli malam raya je noks mur mur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam mak aku beli biskut raya lagi. Nak tambah biskut raya yang sedia ada dibeli dan yang dah dibuat sebelum ni.
Rupa biskut dah A, tapi rasa pula out. Ah sudah. Nanti bakalan tak habis la biskut tu.
Aku pula semalam buat 2 jenis biskut gluten free. Tart nenas dan coklat chip. Jadi la buat raso2 makan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:13 AM | Show all posts
Bahan-bahan masakan naik harga so harga pun terpaksa dijual dengan tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
jenama e'in jd pilihan kalau tart nenas. yg lain mmg x beli la. selalu ada yg berkulat n buang jua. still almond london n batang buruk i nk cari yg sedap. tp x tau la yg mana satu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiran yg aku benci tu jual kuih raya sebalang rm40++ nak dkt rm50 pun ada.
Semoga x laku
Okbai
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kan org niaga. Time ni lah nak up sales. Meols bakar beskut ikut feberet sorg 1 jenis je (2 doh). Jadi sorg akan dpt 6 balang. Mkn lah puas2!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 09:12 AM | Show all posts
susah nak jumpa biskut raya yang sedap

selalu rasa yang macam kilang punya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Thn ni mmg xde beli biskut raya..satu sbb kesihatan..satu lg thn lps i juga yg kn habiskan so thn ni i cuma beli kerepek je....klu tetamu dtg mkn kerepek je lah ya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 09:56 AM | Show all posts
baru order kerepek pisang tanduk, pkl 2 petang japgi sampai, urgh sedapnya dah terbayang bayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 31-3-2024 09:56 AM
baru order kerepek pisang tanduk, pkl 2 petang japgi sampai, urgh sedapnya dah terbayang bayang:laug ...

Belum raya kerepek dah habis, krup krap krup krap, nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pengundi2 PH... PH menang rakyat senang
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Weolzahhhh tak beli kueh langsung tahun ni...

Tp weolzzzzzzz order rendang rempah ayam kampung 5 ekor, rendang ciliapi ayam kampung 5 ekor... kari kambing 4 kilo..... frozen siap2 bawak balik kg supaya tak perlu susah payah masak hari raya...

Hari raya plak order nasi dagang, 2nd day nasi hujan panas, ayam masak merah, kari ayam...  

Bosan ahhhh asik kuih muih je..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bebulu replied at 31-3-2024 07:54 AM
Semalam mak aku beli biskut raya lagi. Nak tambah biskut raya yang sedia ada dibeli dan yang dah dib ...

Sis share resepi biskut gluten free tu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071716 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list