CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11973|Reply: 0

[Kedah] 165 khemah bazar Ramadan, Syawal di Langkawi rosak dipukul ribut

[Copy link]
Post time 30-3-2024 10:47 AM | Show all posts |Read mode
165 khemah bazar Ramadan, Syawal di Langkawi rosak dipukul ribut


Oleh Hamzah Osman - Mac 30, 2024 @ 10:27am [email protected]




Sebahagian khemah Bazar Syawal di parkir Kompleks Pekan Rabu, Kuah, Langkawi yang rosak selepas dilanda ribut. - Foto NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Sebanyak 135 khemah Bazar Ramadan Pelancongan (BRP) di pekan Kuah di sini, rosak selepas dilanda ribut awal pagi tadi.

Di samping itu, 30 lagi khemah yang menempatkan peniaga jualan Bazar Syawal (BS) di parkir Kompleks Pekan Rabu turut rosak dalam kejadian jam 4 pagi.

Tinjauan mendapati kejadian itu menyebabkan barang jualan peniaga termasuk pakaian dan peralatan memasak rosak.

Kedua-dua bazar anjuran Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) beroperasi mulai 12 Mac lalu.

Keseluruhannya BRP menempatkan 220 khemah, manakala BS (128 khemah).

Yang Dipertua MPLBP, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah ketika memaklumkan pihaknya sedang memberikan bantuan awal kepada peniaga terbabit.

"Pihak MPLBP akan melakukan kerja pembersihan, manakala kerja pembaikan khemah di BRP akan dilakukan oleh pembekal.

"Peniaga BS yang terkesan dalam kejadian itu boleh memasang khemah sendiri dan kita berharap aktiviti perniagaan di kedua-dua bazar beroperasi seperti biasa pada petang dan malam ini," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga BS, Rosilawati Johari, 49, berkata hujan disusuli ribut dan petir itu menyebabkan beberapa khemah diterbangkan, selain ada kaki khemah patah.

"Khemah saya diterbangkan sejauh 20 meter dan mendarat atas khemah peniaga lain, masa sama barangan jualan saya khususnya produk kosmetik musnah sama sekali.

"Cuma syukur tiada mangsa cedera walaupun dalam kawasan ini ada beberapa peniaga yang bermalam di sini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Peniaga pakaian, Raizudin Munir, 37, berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 dalam kejadian itu apabila sebahagian besar barangan jualannya basah dan terkena lumpur.

"Pakaian ini semuanya saya baru tambah stok dua hari lalu dan dengan kejadian ini impian untuk tambah pendapatan musnah sama sekali.

"Ini ujian besar buat saya dan keluarga dan harapan saya adalah mana-mana pihak yang tampil membantu meringankan beban yang ditanggung," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038676 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list