CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26089|Reply: 0

[Sabah] Bangunan kedai elektrik tiga tingkat terbakar di Keningau

[Copy link]
Post time 29-3-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode


PADAM: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

KENINGAU: Sebuah bangunan kedai tiga tingkat yang menjual pelbagai barangan elektrik, di Pekan Keningau di sini, terbakar.

Kebakaran dipercayai bermula jam 10.10 malam dengan kedai tingkat dua dan tiga bangunan berkenaan musnah.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.18 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin, tiba di lokasi bersama 28 anggota untuk memadam kebakaran.

"Kebakaran membabitkan sebuah bangunan tiga tingkat.

“Tingkat dua dan tiga terbakar sepenuhnya, manakala di tingkat satu tidak terbakar," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan tiga aliran dan enam pancutan dengan air dari sumber jentera.

"Operasi terkawal pada jam 11.10 malam dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

"Operasi ditamatkan jam 12.25 tengah malam. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba," katanya.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list