CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24007|Reply: 0

[Sabah] MTPN mahu isu bekalan air dan elektrik diselesaikan segera

[Copy link]
Post time 29-3-2024 08:13 PM | Show all posts |Read mode


KEVIN

KOTA KINABALU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) menerima banyak aduan daripada peniaga serta penduduk dari sekitar bandaraya ini berkaitan dengan masalah gangguan bekalan air dan elektrik.

Naib Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Kevin Lo berkata, beliau menerima banyak aduan berkenaan sejak kebelakangan ini.

"Gangguan kemudahan asas ini secara langsung mempengaruhi kehidupan seharian penduduk setempat serta aktiviti perniagaan.

"Pengusaha kedai berhadapan dengan cabaran besar kerana operasi harian terjejas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sabah yang kaya dengan sumber alam, selain menjadi salah satu destinasi pelancongan terkenal dalam negara.

Katanya, isu gangguan air dan elektrik adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana kemudahan itu penting kepada penjanaan ekonomi serta imej Sabah sebagai destinasi pelancongan.

"Masalah berkenaan turut menjejaskan daya tarikan Sabah sebagai destinasi pelancongan di peringkat antarabangsa.

"Kemudahan yang tidak stabil ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif terhadap kualiti kehidupan penduduk, sekali gus menjejaskan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Kevin menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera mengatasi masalah berkenaan.

Beliau menyeru para ahli politik Sabah agar mengutamakan kepentingan rakyat dan hentikan perbezaan dalam politik.

"Beri tumpuan kepada penyelesaian isu-isu yang mendesak rakyat iaitu bekalan air dan elektrik.

"MTPN akan terus memantau perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk memastikan hak-hak pengguna dilindungi.

"Agensi kerajaan berkaitan diminta untuk mengambil serius perkara ini dan atasi isu-isu berkenaan secara tuntas demi manfaat ekonomi serta industri pelancongan negeri," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068795 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list