CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6838|Reply: 30

[Tempatan] Najib dapat layanan 'sangat istimewa' di penjara - Wan Ji

  [Copy link]
Post time 29-3-2024 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Wan Ji: Najib dapat layanan 'sangat istimewa' di penjara
B Nantha Kumar & Siti Nur Shahirah Omar
Diterbitkan:  Mar 28, 2024 10:00 AM



Sebelum ini, segelintir pihak menimbulkan spekulasi bahawa bekas perdana menteri Najib Razak sebenarnya tidak pun menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Ini kerana, menurut mereka, tiada gambar yang dapat membuktikan perkara itu selain layanan istimewa yang mungkin dinikmatinya selaku bekas pemimpin utama negara.

Namun, penceramah Wan Ji Wan Hussin yang baru saja menghabiskan hukuman penjaranya di sana menyatakan Najib sememangnya di penjara itu, dan malah mendakwa dia menerima layanan "sangat istimewa".

Dalam wawancara bersama Malaysiakini susulan pembebasannya, Wan Ji berkata dia pernah melihat kelibat Najib ketika menjalani hukumannya.

"Kalau ada orang kata Najib tiada dalam penjara, itu tidak betul. Memang dia di Penjara Kajang, hari-hari dia ada di situ. Kecuali kalau dia ada urusan luar seperti perbicaraan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, Wan Ji mendakwa Najib menerima layanan sangat istimewa, berbeza dengan banduan-banduan lain.


"Saya biasa nampak dia tak pakai baju banduan macam kita yang lain. Dia pakai biasa sahaja, macam duduk di rumah.


"Bukan pakai sut, tak adalah. Maksudnya dia pakai macam duduk di rumah, saya di situ pakai baju banduan," katanya, sambil menambah Najib ditempatkan di "blok istimewa", berbeza dengannya.

"Memang dia istimewa sangat. Bukan (sekadar) istimewa, tapi istimewa sangat," dakwanya lagi.



Malaysiakini telah menghubungi pihak Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Penjara Malaysia untuk mendapatkan respons berhubung dakwaan ini.

Malaysiakini juga telah menghubungi peguam Najib untuk mendapatkan maklum balas.

Wan Ji bebas sepenuhnya pada 22 Mac lalu setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan sultan Selangor pada 2014.

Memulakan hukumannya pada 25 September 2023, dia sebelum ini telah keluar penjara pada 1 Januari lalu, melalui Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Melalui program itu, Wan Ji yang merupakan bekas pegawai kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata dia dibenarkan tinggal di luar tetapi tidak boleh bergerak bebas dan mesti mendapatkan kebenaran untuk kegiatannya.


Menceritakan lebih lanjut, Wan Ji berkata dia tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan Najib sepanjang berada di Penjara Kajang.

"Najib ini saya tak jumpa, cuma nampak. Blok saya yang belakang sekali. Dekat kawasan padang, ada satu blok lain dan Najib ada di situ.

"Jadi bila peguam datang berjumpa saya, saya berjalan dan nampak dia. Bercakap tak boleh sebab jauh," katanya lagi.

Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman tersebut kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta.

Dengan itu, Najib dijangka akan dibebaskan pada Ogos 2028. Bagaimanapun, dia boleh dibebaskan lebih awal atas "kelakuan baik" pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga dari tempoh hukuman penjara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Istimewa siap dapat gundik penjara tak dek? Eh geram pulak akak kau dah kenapa sampai dapat layanan istimewa dek?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
harap anaknya kurang la sikit memekak lepas ni.
mmg seantero dunia kalau vvvvvvip (bekas) dipenjara akan dpt layanan sebegini ke hanya di malaya je?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:07 AM | Show all posts
memang semua ex vip yg pernah berkhidmat dlm kerajaan akan dpt layanan istimewa ni kalau dipenjara, dulu nuar pun sama cuma kne tumbuk mata tu ada kes tp tetap dok bilik sorg, dpt surat kabar bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:10 AM | Show all posts
geram tu mmg geram ...
tp bile sesekali lalu video jibby time jd PM dlu..
sedih pun ade....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:12 AM | Show all posts
Tak terkejut pun.

Dah la dapat layanan istemewa....diskaun lagi. Bolehland .....kat China kalau dah lama hukum tembak penyakau camni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbeliyun beliyun sakau
Dapat special treatment lagi
I like
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:44 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 29-3-2024 10:50 AM

Seteruk-teruknya Najib ... wajarlah jika Najib mendapatkan perlakuan baik selama di jail itu ....

Jangan lupa Najib dahulu prnah  berstatus sangat  istimewa ... sebagai Khalifah dan Imam Mahdi bagi bangsa melayu mahawangsa ..penguasa alam melayu nusantara ..

Ingat  ... Status istimewa yang begitu  tinggi, suchi dan mulia yang diperoleh Najib itu berasal dari Langit ... Hehehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi pengancam keselamatan dan perosak ekonomi negara pun boleh dapat layanan istimewa ye.

Aneh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:00 PM | Show all posts
eleh masa pmx pun sama jugak..padahal bukan pernah jadi pm pun lagi masa tu..bilik siap ada pc, tv, peti ais dan air cond..hamlau sempundal
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tu bekas al mona
Kuar nti join isis
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
untung la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ok je najib dapat layanan istimewa. who are uous wan ji nak dapat layanan istimewa? muka pun comot kepam
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak x de ms la nk pk pasal najib.. Ak lebih nak tau mcm mn kerajaan nk handle masaalah eco skang ni.. Dgn harga brg naik bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 29-3-2024 03:00 PM
eleh masa pmx pun sama jugak..padahal bukan pernah jadi pm pun lagi masa tu..bilik siap ada pc, tv,  ...

Jgn dilupa racun arsenik dpt idup 2 minggu aje
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau atok jd PM xde maknanya lah najib akan dpt layanan istimewa hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 29-3-2024 12:38 AM
Istimewa siap dapat gundik penjara tak dek? Eh geram pulak akak kau dah kenapa sampai dapat layanan  ...

Biorlah kak kan dia bekas pieee yemmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk penjara pun dpt sambung phd, dpt wifi bagai kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuart pun siap dpt main planta lagi masa dok penjara
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:53 PM | Show all posts
dia ex-pm, even banduan pun dia ada level dia. wan ji level orang hanyut memang tak layak nak dilayan macam najib.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.195359 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list