CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13419|Reply: 21

[Tempatan] Tol percuma Aidilfitri datang lagi, sila rancang perjalanan anda

[Copy link]
Post time 28-3-2024 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 29-3-2024 12:35 AM

SEREMBAN: Kerajaan memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Beliau berkata, pemberian tol percuma itu akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April (Isnin) dan akan berakhir pada 11.59 malam, 9 April (Selasa) dengan peruntukan bayaran pampasan berjumlah RM37.6 juta.

"Keputusan ini adalah melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari lepas bertujuan meraikan semua kyat terutama masyarakat beragama Islam yang menyambut Aidilfitri dan sebagai tanda prihatin serta sama-sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia.

"Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini juga, jumlah kenderaan dijangka meningkat 2.46 juta sehari di semua jaringan lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (arah Selatan) hari ini.

Rancang perjalanan dengan MyPLUS-TTA

Dalam pada itu beliau berkata bagi pengguna lebuh raya Utara Selatan (PLUS), mereka digalakkan untuk merancang perjalanan dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) dengan memuat turun aplikasi digital MyPLUS-TTA.

Beliau berkata menerusi aplikasi ini, pengguna lebuh raya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar dan memilih waktu perjalanan yang bersesuaian.

Nanta berkata, bagi mengurangkan kesesakan semasa Aidilfitri ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang telah dikenal pasti berlaku kesesakan kritikal bagi memastikan aliran trafik yang lebih lancar.

Menurutnya bilangan ini termasuk tiga lokasi baharu berbanding 15 lokasi yang dilaksanakan Smart Lane semasa perayaan Tahun Baharu Cinam Februari lepas.

Jelasnya, pemasangan papan tanda peringatan pengaktifan Smart Lane dibuat di setiap sela 500 meter (m) dan papan tanda amaran 200m sebelum ia bermula dan berakhir, selain pemasangan lampu indikasi smart lane (blinking light) setiap satu kilometer.

"Selain itu, paparan Mesej Elektronik (VMS) mudah alih turut dibuat untuk memaklumkan pengguna mengenai pengaktifan/penamatan operasi Smart Lane... ia hanya diaktifkan pada waktu puncak sekali gus meringankan beban pengguna," katanya.

Beliau turut mengingatkan pengguna motosikal supaya berwaspada ketika menggunakan lorong kecemasan berikutan kemungkinan mereka tidak menyedari lorong itu telah diaktifkan Smart Lane dan ada kenderaan lain turut menggunakan laluan itu.

Sementara itu, beliau berkata dari 1 hingga 17 April ini, mana-mana lorong di lebuh raya tidak boleh ditutup untuk kerja penyelenggaraan bagi melancarkan aliran lalu lintas dan mengelakkan kesesakan sekali gus memudahkan pengguna lebuh raya.

"Bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan yang tidak melibatkan penutupan lorong boleh dilakukan kecuali ada kecemasan atau kemalangan, memang kita terpaksa tutup lorong.. pada masa sama, PLUS turut menyediakan 11 lokasi yang ada Emergency Response Team (ERT)," katanya.

- BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Belajar 2 perkataan baru dari wartawan artikel ni - kyat & cinam

Looking forward nak meluncur di SPE tanpa arah tujuan yang jelas just to enjoy KL view waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah, 2 hari tu mesti jem teruk gila
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-3-2024 12:10 AM
Belajar 2 perkataan baru dari wartawan artikel ni - kyat & cinam

Looking forward nak meluncur di ...

Sendiri buat lawak sendiri ketawa.
Tahu lah ko beraya sebatang kara tapi perlu ke bitter?  You yourself know that is not funny pun.. why trying hard?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sonic-bertaik replied at 29-3-2024 03:30 AM
Sendiri buat lawak sendiri ketawa.
Tahu lah ko beraya sebatang kara tapi perlu ke bitter?  You yo ...

Aku dah agak ko akan trigger reply ja lah guna nick biasa malu apa nyah oi. Masih guna mesin taip ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 29-3-2024 01:40 AM
tahniah, 2 hari tu mesti jem teruk gila

jangkaan jem hari jumaat dan sabtu
tol free tu rasanya isnin, selasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 11:14 AM | Show all posts
moga2 hari selasa 9.4 tu trafik tak jem teruk
moh chuols2zah sekalian kita balik perak

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:20 AM | Show all posts
baru plan nak balik isnin. sekali bagi free tol plak.. hurmm confirm la jem cenggini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 11:43 AM | Show all posts
nasib aku x terkesan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 03:07 PM | Show all posts
Seronok naik highway tidak perlu bayar hotel
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Perjalanan pulang slps raya free ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
iols balik jumaat pagi sesudah sahur harapnya tak jem la...ke pakat2 cuti blake dah jugak msg2?
tak merasa la tol free
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 29-3-2024 11:14 AM
moga2 hari selasa 9.4 tu trafik tak jem teruk
moh chuols2zah sekalian kita balik perak

Mohhhh kome...Raya kedua jumpa kat Meru
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 29-3-2024 07:53 AM
jangkaan jem hari jumaat dan sabtu
tol free tu rasanya isnin, selasa

Iols rasa hari2 jem nanti. Ramai kan balik kg. Kami dah hantar kereta/luggage cuti nuzul quran baru ni. Raya balik naik tren jah. Iols 3 beranak je so still worth dr duk dlm jem berjam2. Oh balik kl takde toll free ke. Nak juga merasa kehkeh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
I balik tengahari jumaat ni nak elak je. Rasa jalan tiap² hari jem kot start jumaat malam tu sampai pagi selasa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 31-3-2024 01:00 PM
I balik tengahari jumaat ni nak elak je. Rasa jalan tiap² hari jem kot start jumaat malam tu sampai ...

Balik Ganu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 04:24 PM | Show all posts
cuti sekolah untuk raya start bila sampai bila ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:28 AM | Show all posts
Herlina replied at 31-3-2024 10:53 AM
Mohhhh kome...Raya kedua jumpa kat Meru

uuui raya kedua hala ke ipoh sana jemmm

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:44 AM | Show all posts
Tak sangat wehh..kenderaan banyak tapi smooth la kalau ikut kebiasaan beraya ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat main brake …
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.126530 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list