CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9485|Reply: 0

[Sarawak] Lundu hanya ada dua pegawai kebajikan, sukar beri khidmat menyeluruh

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode


Rosey mewakili Fatimah menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima di Lundu pada program Sejambak Kasih Aidilfitri 2024, hari ini.

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) sukar menyampaikan perkhidmatan kebajikan secara menyeluruh di Daerah Lundu kerana kekurangan pegawai kebajikan ditempatkan di situ.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahkan perkara itu apabila memaklumkan ketika ini hanya terdapat dua pegawai JKMS berkhidmat di Daerah Lundu.

"Saya percaya masih ramai golongan yang berkeperluan ini masih belum dibantu terutama kawasan sukar dijangkau JKMS kerana tiada maklumat dan sukar untuk hadir ke pejabat untuk memohon bantuan.

"Dengan keluasan Daerah Lundu hingga Sematan yang sangat luas, dua pegawai kami tidak akan mampu untuk menyampaikan perkhidmatan secara menyeluruh," ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri bagi Daerah Lundu di Mahligai Gading, Lundu hari ini.

Fatimah berkata, kekurangan tenaga kerja dihadapi JKMS di Lundu khasnya menuntut penglibatan pelbagai pihak menjadi Sukarelawan JKMS.

Menurutnya, peranan Sukarelawan JKMS dan agensi lain juga diharap akan membantu dalam penyampaian perkhidmatan JKMS seperti pencarian lebih ramai golongan memerlukan bantuan bulanan kebajikan.

Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) katanya, merupakan tunjang utama komuniti setempat dalam membantu orang kampung yang memerlukan kerana mereka lebih dekat serta kenal orang kampung dan boleh merujuk terus kepada JKMS kes-kes yang boleh dibantu.

"Pihak JKM juga akan terus melaksanakan program jangkauan luar mereka agar penyampaian perkhidmatan kebajikan menyeluruh dan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan ini," katanya.

Mengenai Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2024, Fatimah berkata JKMS mendapat peruntukan RM1,662,400 untuk diagihkan kepada 16,624 penerima di seluruh negeri.

Manakala pada majlis yang berlangsung di Lundu hari ini, setiap penerima mendapatkan bantuan wang tunai RM100 dan hamper sumbangan Petronas bernilai RM250.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Petronas atas penganjuran bersama program dan sumbangan hamper kepada penerima sumbangan raya kita pada hari ini.

"Petronas merupakan rakan strategik utama JKMS dalam menjalankan tanggungjawab bersama dan bagi membantu JKMS mencapai objektif program Sejambak Kasih kali ini," katanya.

Selain itu, Petronas berkolaboratif dan bekerjasama dengan JKMS dalam program Sejambak Kasih dengan memperkenalkan Program Memacu Kehidupan yang bertujuan memberi impak positif kepada golongan memerlukan terutama pada musim perayaan seperti Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Gawai Dayak dan Deepavali.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.062895 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list