CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7295|Reply: 0

[Sarawak] PETRONAS rakan strategik yang telah banyak membantu

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode


Dr Rundi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis tersebut sambil disaksikan (dari kiri) Mohamed Syazwan, Iskandar dan Pang.

BINTULU: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) merupakan rakan strategik yang banyak membantu kerajaan Sarawak dalam pembangunan modal insan bukan sahaja membabitkan tajaan biasiswa, bahkan membaik pulih sekolah-sekolah daif di luar bandar Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, PETRONAS menyedari berkenaan usaha murni itu bahawa mereka perlu memberi dan membantu yang kekurangan, bukan sekali tetapi pada setiap tahun.

"PETRONAS merupakan rakan baik yang sanggup pergi ke luar bandar antaranya sejauh Binyo (daerah Sebauh), Ulu Roban (Saratok) untuk membantu membaik pulih sekolah di situ, kita amat menghargainya," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena tersebut.

Katanya, pada masa sama kerajaan tidak mengabaikan peranannya yang turut memperuntukkan RM1 bilion untuk tujuan sama baik pulih sekolah daif di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada Program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri yang dimeriahkan dengan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan anjuran anak syarikat PETRONAS, Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) di Dewan Pavilion Kelab Kidurong Bintulu, pada Rabu.

Beliau berkata, usaha-usaha itu adalah untuk membantu pelajar luar bandar yang sentiasa serba kekurangan serta mengalami situasi sama namun tidak dijangka akan berada di tempat tertinggi puncak kejayaan pada satu hari nanti.

Disebabkan itu katanya, semua pihak perlu sentiasa berusaha serta menyedari mengenai kepentingan pendidikan yang mampu merubah nasib seseorang.

Untuk merealisasikan usaha itu tambahnya, kerajaan Sarawak telah merancang memberikan pendidikan tinggi percuma untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di universiti Sarawak atau pusat pengajian tinggi Sarawak pada 2026.

"Begitu juga PETRONAS, Yayasan Sarawak dan Yayasan Tunku Abdul Rahman yang turut membantu pelajar-pelajar miskin," jelasnya.

Dr Rundi berkata, pihaknya turut berasakan perlu lakukan sesuatu untuk mengubah corak landskap di luar bandar misalnya dalam bidang pertanian.

"Kita perlu ubah petani B40 agar mengguna pakai teknologi baharu untuk cara kerja lebih selesa dan cekap untuk mendapatkan hasil.

"Kalau orang lain boleh, kita pun boleh," katanya.

Menurutnya, pada masa ini Malaysia hanya mampu menghasilkan 35 peratus padi untuk beras, selebihnya 65 peratus diimport dari Vietnam, Pakistan dan India.

"Sekiranya berlaku masalah, apabila negara terbabit tidak lagi mahu mengeskport beras ke negara kita, maka kita nak makan apa?

"Mungkin dulu kala kita mampu makan linut dan ubi tetapi sekarang kita perlukan keterjaminan makanan," katanya.

Katanya, perlu diketahui penduduk di beberapa negara misalnya Taiwan sebuah negara kecil yang dilawatinya mempunyai tanah terhad tetapi menggunakan teknologi sepenuhnya untuk pertanian.

"Mereka mampu menanam padi atas bumbung rumah di kawasan kecil yang kata mereka untuk keterjaminan makanan.

"Tetapi kita berapa besar tanah yang ada tetapi kita tidak tahu menggunakan teknologi.

"Ia menuntut kita belajar untuk mengadaptasinya," katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat MLNG Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.051438 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list