CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7249|Reply: 0

[Sarawak] 90 peratus kebakaran di Kuala Baram berjaya dipadamkan

[Copy link]
Post time 28-3-2024 05:08 PM | Show all posts |Read mode


Uggah (depan enam kiri) bersama wakil-wakil agensi kerajaan ketika melawat lokasi kebakaran tanah gambut di Kuala Baram, pada Khamis. – Gambar UKAS

MIRI: Kira-kira 90 peratus dari 100 ekar kawasan tanah gambut di Kuala Baram yang terjejas akibat kebakaran sejak 23 Mac lalu berjaya dikawal dan dipadamkan.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, menerusi imej dron didapati hanya tinggal 10 peratus kawasan terjejas itu yang masih terbakar setakat hari ini.

“Kejadian kebakaran tanah gambut di bahagian utara ini berlaku disebabkan atas faktor cuaca kering dan panas yang sedang berlaku pada masa ini.

“Setakat hari ini, saya gembira menyatakan bahawa pasukan bertugas berjaya mengawal kebakaran ini kira-kira 90 peratus daripada 100 ekar kawasan yang terbakar dan hanya berbaki 10 peratus lagi untuk dipadamkan.

“Ia dapat dikawal dengan pantas kerana kita dibantu oleh satu helikopter dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Bombardier milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang datang dari Kuala Lumpur untuk membantu kita memadamkan api tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berhubung kejadian kebakaran tanah gambut Kuala Baram di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Miri, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama pasukan JPBNS diberikan taklimat selama sejam oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi memadam dan mengawal kebakaran tanah gambut Kuala Baram.

Oleh itu, Uggah yang juga Pengerusi JPBNS bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan dikoordinasikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Jamalie Busri yang bekerjasama dalam operasi pemadaman kebakaran terbabit.

“Ini menunjukkan bahawa apabila kita bekerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu, kita dapat mengatasi masalah yang dihadapi dan ini telah terbukti serta contoh terbaik di mana kita berjaya memadamkan kira-kira 90 peratus kebakaran terbabit dan saya berharap usaha ini akan diteruskan,” ujarnya.

Sementara itu, Uggah turut berharap rakyat mengelakkan diri dari melakukan pembakaran terbuka kerana ia akan menyebabkan kebakaran yang lebih dasyat dan memudaratkan kesihatan ramai orang.

“Orang awam perlu sama-sama membantu dengan cara, pertamanya jangan melakukan pembakaran terbuka dan kedua, laporkan secepat yang mungkin jika menyaksikan ada petunjuk-petunjuk kebakaran berlaku di tempat masing-masing.

“Kita diberitahu keadaan cuaca di bahagian utara Sarawak mungkin akan terus kering dan panas, oleh sebab itu kita perlu terus berjaga-jaga,” gesanya.

Dalam perkembangan lain Uggah memberitahu, dalam tempoh keadaan cuaca panas dan kering sekarang, terdapat 113 kampung di bahagian Miri yang dilaporkan mengalami masalah kekurangan air.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan LAKU yang telah membantu membekalkan air yang diperlukan.

“Oleh itu, kita minta pegawai-pegawai daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah untuk memantau keadaan-keadaan yang sebegini dan kita telah bersetuju memberikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) di mana dalam tempoh lima jam selepas menerima laporan, air mesti dibekalkan ke tempat itu secepat mungkin kerana ini penting.

“Terus pantau semua keadaan ini kerana walaupun rakyat berdepan kesukaran, tetapi kita (kerajaan) memberi bantuan untuk meringankan beban mereka akibat daripada cuaca yang tidak menentu ini,” tegasnya.

Sejurus selesai mesyuarat berkenaan, Uggah bersama wakil-wakil agensi kerajaan telah pergi mengadakan lawatan tapak ke lokasi kejadian kebakaran di Kuala Baram bagi meninjau situasi semasa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051493 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list