CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3478|Reply: 0

[Sarawak] Pesara rugi RM32,500 diperdaya sindiket kerja sambilan

[Copy link]
Post time 28-3-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-3-2024 08:00 AM



ALEXSON

MIRI: Seorang wanita warga emas, di sini, berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM32,500 selepas diperdaya sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri menerima laporan polis berkenaan kes terbabit dari mangsa yang merupakan pesara swasta berusia 60an pada Selasa.

“Mangsa pada awalnya melihat satu iklan melalui media sosial Facebook dan telah menekan satu pautan yang menghubungkan ke satu laman sesawang www.ticket2u.cc dan berhubung dengan suspek melalui Telegram yang tertera pada laman sesawang tersebut.

“Suspek telah menerangkan berkenaan tugasan yang bakal dilakukan secara dalam talian dan memerlukan mangsa untuk memasukkan wang bagi menerima komisen atas tugasan yang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Alexson, mangsa telah meneruskan tugasan yang diberikan dan melakukan transaksi lebih banyak serta kerap untuk tugasan seterusnya.

“Apabila mangsa mahu mengeluarkan komisen yang dijanjikan, suspek pula akan memberikan pelbagai alasan dan mengarahkan mangsa untuk membuat pembayaran tambahan ke dalam akaun yang diberikan suspek.

“Mangsa telah melakukan serahan wang sebanyak 16 kali transaksi ke dalam lapan akaun bank berbeza yang diberikan oleh suspek,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, mangsa hanya menyedari dirinya telah tertipu selepas tidak dapat mengeluarkan wang komisen yang dijanjikan tersebut.

“Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kerugian sehingga berjumlah RM32,500.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan sebat, dan juga denda,” jelasnya.

Sementara itu, Alexson menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan tawaran pekerjaan yang diterima melalui telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun mana-mana platform media sosial yang menjanjikan komisen yang tinggi dan kerja yang mudah dalam tempoh singkat.

“Masyarakat juga digalakkan untuk menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika anda merupakan mangsa penipuan siber seperti phone scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, sekiranya anda baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan.

“Selain itu, boleh buat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammer CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan,” nasihatnya.

Layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan JSJK Sarawak untuk mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.344199 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list