View: 6066|Reply: 16
|
[Tempatan]
ASB 2 agih pendapatan 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen
[Copy link]
|
|
ASB 2 agih pendapatan 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen
Mahanum Abdul Aziz
mahanum_aziz@bh.com.my
March 28, 2024 @ 1:07pm
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan 4.75 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, agihan pendapatan ASB 2 membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM670 juta kepada 552,297 pemegang unit yang kini memiliki 12.73 bilion unit.
Katanya, agihan pendapatan bagi ASM pula membabitkan jumlah pembayaran RM1.33 bilion kepada 699,807 pemegang unit dengan pegangan 28.05 bilion unit.
Justeru, jumlah pembayaran pengagihan pendapatan untuk dua dana harga tetap itu adalah sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
Sehingga 25 Mac 2024, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM659.95 juta, manakala ASM mencatatkan RM1.4 bilion.
ASNB dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua dana memperoleh pendapatan menerusi pendapatan terealisasi dan dividen daripada pelaburan domestik dan antarabangsa dalam persekitaran inflasi yang tidak menentu serta keraguan terhadap kemelesetan ekonomi yang meningkat.
Ia berkata, kedua-dua dana juga telah memperoleh hasil daripada strategi kepelbagaian portfolio dalam kelas aset lain seperti hartanah dan pelaburan persendirian, dengan penekanan terhadap instrumen pendapatan tetap yang menyediakan pendapatan berulang stabil kepada kedua-dua dana berkenaan.
Katanya, pengagihan pendapatan ASB 2 dan ASM adalah bersamaan dengan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 5.25 peratus dan 4.75 peratus, kedua-duanya mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada 2.84 peratus sebanyak 241 mata asas untuk ASB 2 dan 191 mata asas untuk ASM.
"Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana.
"Pengagihan yang diisytiharkan oleh dana-dana ini akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2024," katanya.
Urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet akan ditangguhkan sementara dari 29 hingga 31 Mac 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.
Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 April 2024.
Alhamdulillah. Boleh la acik forum nak beraya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Mashaallah. Tabarakallah. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. melawan jugek ya asb2 dgn asb1. asm ni saham terhad. ada org jual, baru boleh beli. tp dividen pun kurang dari asb.
asm ni non bumi pun bulih beli ke..
tidak lah raya sakan. cuma menambah nilai sumbangan pd yg memerlukan |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 28-3-2024 01:35 PM
Alhamdulillah.. melawan jugek ya asb2 dgn asb1. asm ni saham terhad. ada org jual, baru boleh beli. ...
asm semua boleh
naik la sikit dari last year kan?? iols tak bg artikel
Alhamdulillah...nak hrpkan berkepok mmg tak la ekonomi pun hazab |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 28-3-2024 01:48 PM
asm semua boleh
naik la sikit dari last year kan?? iols tak bg artikel
ya betul. pelabur pasif mcm diriku ni elok simpan kat asb je.. tp asnb pun ada bg consultant kot sbb ada caj. RIA tu lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-3-2024 03:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
syamzana replied at 28-3-2024 01:48 PM
asm semua boleh
naik la sikit dari last year kan?? iols tak bg artikel
Masuk ni dah 2 tahun asb 2 lagi tinggi dari asb 1. |
|
|
|
|
|
|
|
ada beza ehh asb 1 n 2....mcm mana nak buat..tolong explain cikittt..yg biasa dapat 1.1 tu apa |
|
|
|
|
|
|
|
caih 5 percent je, baik labur dekat kontem metal |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha......
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-3-2024 12:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
rezaremy replied at 28-3-2024 03:57 PM
ada beza ehh asb 1 n 2....mcm mana nak buat..tolong explain cikittt..yg biasa dapat 1.1 tu apa
Daftar guna myasnb aje. Kalau ada duit lebih, boleh letak kat dua2 asb1 and asb 2. Tapi sekarang asb 1 and 2 limit 300k. 1 January tu ASB 1. |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah dengar org saving dlm ASNB 2 even kami kat bhg Emolumen ni yg staff buat potongan gaji tu semua ke ASB biasa je... |
|
|
|
|
|
|
|
Syukor dah stop ASB Finance. Potong boolan2 lebih tinggi daripada dapat dividen cipot dlm 5 sen seunit tuh. Tak berbaloi langsong, rugi lagi adalah |
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup replied at 29-3-2024 08:08 AM
X pernah dengar org saving dlm ASNB 2 even kami kat bhg Emolumen ni yg staff buat potongan gaji tu s ...
Xpenah dengar? Asb 2 lebih mudah pengiraan sebab xde bonus. Sy sendiri ada simpan dkt both asb & asb2 so dpt 2x dividen |
|
|
|
|
|
|
|
Ok mudah pengiraan? maksud x ada bonus tu mcm mana?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|