CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6324|Reply: 0

[Sarawak] Majikan perlu didenda, pampasan perlu dibayar kepada Marlia

[Copy link]
Post time 28-3-2024 06:30 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pembantu rumah Indonesia bernama Marlia yang dieksploitasi bekas majikan perlu dibayar pampasan selain harus dikenakan tindakan agar dijadikan pengajaran.

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono berkata, pihaknya memberi keutamaan kes tersebut kerana warga Indonesia merupakan tanggungjawab mereka di Kuching.

Malah katanya, Marlia dieksploitasi oleh majikannya dengan tidak dibayar gaji sepanjang 17 tahun malah dia bekerja di bawah umur pada ketika itu.

“Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menangani kes ini seperti yang disampaikan sendiri oleh pengarah.

“Dan kami berharap kes ini diselesaikan dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi unsur atau aspek kemanusiaan dan keadilan,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa bersama rakyat Indonesia di Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching, di sini baru-baru ini.

Raden berkata, beliau berharap agar kes ini dapat diselesaikan dan kini Marlia ditempatkan di Rumah Perlindungan Wanita, Kota Kinabalu dan ingin pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya.


MAHU KEADILAN…Raden berharap Marlia mendapat keadilan yang sewajarnya. Foto Ghazali Bujang
Berita lanjut dalam epaper STSS esok.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.093207 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list