CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6535|Reply: 0

[Sabah] Lebih 40,000 pelajar di Sabah terima manfaat program inisiatif pendidikan BUDI, BAKTI

[Copy link]
Post time 28-3-2024 06:23 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru : Kerajaan Sabah telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM17 juta bagi melaksanakan beberapa bantuan inisiatif dalam bidang pendidikan pada tahun lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara sekali bayar (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI).

Katanya, kedua-dua inisiatif ini telah mula diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak tiga tahun yang lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi membiayai inisiatif bantuan BUDI yang memberi manfaat kepada 5,761 orang anak Sabah pada tahun lalu.

“Manakala bagi bantuan BAKTI, sebanyak RM7 juta telah disalurkan bagi membiayai seramai 34,338 orang penerima yang menerima manfaat dari Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah di IPT Semenanjung di Johor Bahru di sini

Arifin yang juga menteri bertanggungjawab kepada pendidikan di Sabah berkata, BUDI merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan.

Katanya, bantuan tunai sebanyak RM2,000 diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dan RM1,500 bagi Diploma/Asasi/Matrikulasi.

“BAKTI pula adalah bantuan secara one-off sebanyak RM 200 yang diberikan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi ibubapa atau penjaga mereka yang diketagorikan dalam golongan B40,” katanya.

Tambahnya, inisiatif bantuan yang diberikan itu merupakan keprihatinan Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan yang menjadi nadi utama dalam hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). – SABAH MEDIA / FOTO  KSTI


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.050750 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list