CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13944|Reply: 0

[Sarawak] 71 kematian daripada 78 kes rabies pada manusia direkodkan sejak Julai 2017

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:40 PM | Show all posts |Read mode


PENERANGAN… Adrian bercakap kepada pemberita DAN membacakan kenyataan Uggah pada Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Pembasmian Rabies 2024 di Hotel Imperial Kuching, hari ini. | Foto: Ghazali Bujang

KUCHING: Sebanyak 45 haiwan daripada 174 sampel telah diuji positif rabies di Sarawak tahun ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 17 haiwan positif rabies dikesan di Kuching, Bau dan Samarahan (empat), Lundu (dua), Padawan (tujuh), Tebedu dan Sri Aman (satu) serta masing-masing tiga di Serian, Bintulu dan Sebauh.



KETIBAAN… Uggah tiba di bengkel tersebut. | Foto: Ghazali Bujang

Katanya, setakat Mac ini terdapat 20 kes rabies haiwan dikesan di beberapa lokasi termasuk Kampung Tarat Melawi dan Kampung Lanchang Sabai di Serian, Samarindah Baru di Samarahan, Kampung Keminin Kelauh di Sri Aman dan lain-lain.

“Hingga hari in juga, terdapat 71 kematian dengan 78 kes dalam kalangan manusia akibat rabies direkodkan sejak wabak ini diisytiharkan pada Julai 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dibacakan oleh Pengarah Veterinar Sarawak, Datuk Dr Adrian Susin Ambud, sempena Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Pembasmian Rabies 2024 di Hotel Imperial Kuching, hari ini.

Sementara itu, bengkel yang berlangsung dua hari dari 26 hingga 27 Mac tersebut disertai seramai 140 peserta dari 15 agensi.

Bagaimanapun, Uggah yang turut hadir terpaksa meninggalkan bengkel itu ekoran pembatalan akibat berlaku insiden kebakaran kecil di ruang bengkel berlangsung tetapi berjaya ditangani pihak pengurusan hotel.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053099 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list