CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14010|Reply: 0

[Sarawak] Pesara swasta wanita mangsa penipuan kerja sambilan dalam talian, rugi RM32,500

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:37 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang wanita warga emas yang merupakan pesara swasta di sini mengalami kerugian sebanyak RM32,500 setelah menjadi mangsa penipuan pekerjaan sambilan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, mengesahkan bahawa pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) menerima laporan kes berkenaan semalam, yang melibatkan seorang mangsa wanita berusia 60-an.

“Mangsa pada awalnya telah melihat satu iklan melalui media sosial Facebook dan telah menekan satu pautan yang menghubungkan ke satu laman sesawang www.TICKET2U.CC dan berhubung dengan suspek melalui Telegram yang tertera pada laman sesawang tersebut.

“Menurut mangsa, suspek telah menerangkan mengenai tugasan yang bakal dilakukan secara dalam talian dan memerlukan mangsa untuk memasukkan wang bagi menerima komisen atas tugasan yang dilakukan.

“Mangsa kemudian meneruskan tugasan yang diberikan dan melakukan transaksi lebih banyak serta kerap bagi tugasan yang seterusnya.

“Namun apabila mangsa mahu mengeluarkan komisen yang dijanjikan, suspek memberikan pelbagai alasan dan mengarahkan mangsa untuk membuat pembayaran tambahan ke dalam akaun yang diberikan.

“Mangsa telah melakukan transaksi serahan wang sebanyak 16 kali ke dalam lapan akaun bank berbeza yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, mangsa hanya menyedari dirinya telah tertipu selepas tidak dapat mengeluarkan wang komisen yang dijan jikan tersebut.

Susulan daripada laporan yang dibuat, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan sebat serta denda.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list