CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14051|Reply: 0

[Sarawak] Keldai akaun didenda RM300 kerana miliki wang diperolehi secara tidak sah

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:31 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang keldai akaun dari Sabah didenda RM300 atau penjara lapan hari oleh Mahkamah Majistret hari ini setelah mengaku bersalah memiliki RM2,388 yang diperolehi secara tidak sah.

Abigail Sylvester, 22, membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak) yang membawa hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500 jika sabit kesalahan.

Gadis tersebut didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Oktober 2023, sekitar jam 4.53 petang di sebuah rumah di Jalan Batu 22, Kampung Tapah, Tapah.

Berdasarkan keterangan kes, pemilik wang (pengadu) membuat laporan polis mengatakan dia diperdaya ketika cuba membuat urusan pinjaman wang berjumlah RM40,000 melalui Facebook.

Pengadu telah menghubungi pihak tersebut dan telah diterangkan syarat-syarat pinjaman serta dikehendaki membuat beberapa bayaran untuk proses pinjaman.

Sehubungan itu, pengadu membuat bayaran secara dalam talian sebanyak RM2,388 ke satu akaun bank atas nama tertuduh.

Pengadu sedar dirinya ditipu apabila pihak tersebut masih lagi meminta lain-lain bayaran, selain gagal mendapatkan pinjaman wang.

Laporan polis dibuat dan siasatan membawa kepada penangkapan tertuduh.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh telah menyerahkan maklumat perbankan secara dalam talian miliknya kepada seorang lelaki yang hanya dikenali melalui Facebook untuk tujuan meminjam wang.

Tertuduh juga memberikan alasan tidak mengetahui akan kemasukan wang ke dalam akaun miliknya, bahkan tidak membuat sebarang laporan kepada pihak bank selepas menyerahkan maklumat perbankannya.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078977 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list