CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14099|Reply: 0

[Sarawak] Jasa komuniti Kelabit semasa pendudukan Jepun dihargai

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode


Gerawat disambut mesra sebagai tetamu kehormat Sambutan Ulang Tahun Ke-79 Operasi Semut oleh Unit Khas Z di Tugu Peringatan Bario pada Isnin.

MARUDI: Komuniti Kelabit turut memperjuangkan kebebasan dan kedaulatan Sarawak daripada pendudukan Jepun, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Beliau memberitahu, kaum Kelabit berterima kasih kepada anggota Pasukan Z Khas kerana memulakan pembebasan Sarawak dari pendudukan Jepun bermula dari Bario dan secara kebetulan membawa dunia moden kepada masyarakat Kelabit.

“Pendedahan kepada dunia moden dan peperangan ketenteraan barat telah mewujudkan dimensi baharu bagi masyarakat dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menerokai dunia tertutup mereka.

“Ia juga membuka kemungkinan baharu yang tidak pernah dibayangkan oleh masyarakat tempatan sebelum ini dalam dunia tertutup mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Sambutan Ulang Tahun Ke-79 Operasi Semut oleh Unit Khas Z di Tugu Peringatan Bario di sini pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu itu berkata, selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ramai masyarakat Kelabit telah menyertai pasukan Pengakap Sempadan, tentera dan polis.

“Secara keseluruhan, kita menemui senarai lebih 300 orang Kelabit yang pernah berkhidmat sama ada dalam tentera, polis atau pengakap sempadan yang membentuk kira-kira lima peratus daripada jumlah penduduk Kelabit kita yang telah berkhidmat dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara.

“Hari ini mengingatkan kita tentang nilai kebebasan, keamanan dan kemajuan.

"Jangan sekali kita lupa sumbangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang menjadikan Bario dan masyarakat Kelabit seperti sekarang ini,” ujarnya.

Turut hadir ialah Presiden RURUM Kelabit Sarawak Dato Dr Phillip Raja, Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie dan isteri Puan Sri Elizabeth Moggie, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, wakil Commonwealth Defence Force Pegawai Warrant David McNamara, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Arifin Mohamad serta tetamu kehormat lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057954 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list