CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14220|Reply: 0

[Sarawak] Warga Kuching diajak meriahkan program berbuka puasa di Padang Merdeka 30 Mac

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:27 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Warga bandar raya Kuching dijemput beramai-ramai menyertai aktiviti berbuka puasa di Padang Merdeka Kuching menerusi program 'Sungkei Rami-Rami Kuching' anjuran stesen radio CATS FM pada 30 Mac ini.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan CATS hari ini, aktiviti berbuka puasa berkonsepkan 'potluck' itu akan turut diisi dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti permainan dan kuiz yang menawarkan hadiah-hadiah untuk dimenangi, persembahan pentas dan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Pengurus Program CATS Fadzli Daud berkata, para penyampai dan kakitangan CATS akan turut mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai termasuk pek makanan percuma kepada 300 pengunjung terawal.

"Kami amat menggalakkan semua lapisan masyarakat untuk datang bersama rakan-rakan dan anggota keluarga termasuk mereka yang bukan Islam, berkumpul beramai-ramai dengan membawa makanan, tikar, khemah dan kerusi rehat masing-masing, berkumpul dalam suasana harmoni sambil menunjukkan penyatuan kita warga Sarawak,” katanya.

Beberapa khemah terbuka akan turut disediakan di tepi venue berkenaan untuk kegunaan orang awam berteduh, manakala surau akan turut disediakan untuk memudahkan orang ramai menunaikan solat.

Menurut Fadzli, pelakon popular Beto Kusyairi akan turut membuat penampilan khas bagi memeriahkan lagi suasana acara tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang dan media sosial rasmi CATS.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054354 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list