CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7766|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak mampu capai sasaran 4 juta pelancong tahun ini

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:52 PM | Show all posts |Read mode


Saiful Arini mengetuai kakitangan RTM Miri dan wakil penganjur bersama mengagihkan kira-kira 1,000 bubur lambuk dan bubur kacang hijau dipintu masuk Bintang Megamall Miri pada Selasa.

MIRI: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan meramalkan bahawa sasaran kehadiran empat juta pelancong ke Sarawak dapat dicapai bersandarkan kepada kapasiti bulanan kemasukan pelawat.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berkata pada Januari lalu, kemasukan dicatatkan 352,000 orang sementara pada Februari mencatatkan sejumlah 397,785 orang.

"Jika dinilai keseluruhan bagi dua bulan ini, jumlah kemasukan pelawat ke Sarawak adalah seramai 749,785 orang dan kita yakin sasaran empat juga pelancong tercapai pada Oktober kelak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengagihan Bubur Lambuk dan Pek Bonus anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri di Bintang Megamall, petang Selasa.

Hadir sama ialah Pengurus Stesen RTM Miri, Saiful Arini dan Pengerusi Penganjur, Mohamad Syazwan Kadel, Presiden Kelab Lion Batu Niah, Andy Jong dan Pengurus Acara Bintang Megamall Miri, Wong Lung Hing.

Menurutnya, pelancong dari negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura antara negara penyumbang utama statistik kemasukan pelawat ke Sarawak.

Ia menerusi kemasukan pelawat menggunakan jalan raya terutama pelawat dari Brunei Darussalam dan Indonesia serta melalui penerbangan dari Singapura dan Indonesia ke Sarawak.

"Kebiasaanya pada Januari dan Februari, jumlah kemasukan pelawat agak perlahan pada tahun sebelumnya namun pada tahun ini, jumlahnya bertambah dan kita jangka pada bulan-bulan berikutnya ia akan terus meningkat," katanya.

Majlis anjuran bersama Kelab Sosial MiriFM, Bintang Megamall Miri, Nando's Peri Peri Chicken, Kelab Lion Batu Niah dan Shun Shen Lee Trading Miri turut dihadiri ahli Persatuan Orang Kurang Upaya (POKUFM).

Dalam majlis itu, sejumlah kira-kira 1,000 bungkus masing-masing 500 bungkus bubur lambuk dan 500 bungkus bubur kacang hijau diagihkan kepada orang awam dipintu masuk Bintang Megamall Miri.

Bubur lambuk dan bubur kacang hijau itu dimasak sendiri oleh kakitangan RTM Miri secara bergotong royong bermula dari jam 7.30 pagi sehingga diagihkan kepada orang awam pada sebelah petang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047870 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list