CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7549|Reply: 0

[Sarawak] JKKK diseru laksana pelbagai aktiviti untuk tarik belia

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:51 PM | Show all posts |Read mode


Dayang Noorazah (tiga kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf sambil diperhatikan oleh Tay (kanan), Mohamad Yusup (dua kanan) dan Abang Norin (kiri) smasa majlis berkenaan di Sri Aman malam tadi.

SRI AMAN: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini diseru untuk melaksanakan pelbagai aktiviti serta program di peringkat kampung masing masing bagi menarik minat golongan belia menyertai organisasi tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata aktiviti yang dianjurkan bukan setakat tertumpu kepada orang dewasa sahaja, sebaliknya terbuka kepada penyertaan pelbagai peringkat umur termasuk golongan belia.

Ini penting katanya kerana golongan itu nanti akan menjadi pelapis kepada ahli jawatankuasa organisasi tersebut pada masa hadapan.

"Oleh itu, penglibatan golongan belia dalam organisasi tersebut amat diperlukan kerana golongan ini juga mempunyai idea-idea serta pandangan yang bernas dan setanding dengan golongan dewasa,”jelasnya lanjut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa anjuran JKKK Kampung Tanjung Engkabang, Sri Aman di pekarangan kediaman Awang Mohd Serkawi, Tanjung Engkabang, Sri di sini, malam tadi.

Menurutnya lagi, pelaksanaan aktiviti yang diadakan oleh organisasi tersebut bukan hanya menjelang bulan Ramadan sebaliknya perlu memperbanyakkan aktiviti yang lain sepanjang masa.

"Kebiasaannya setiap kali menjelangnya bulan Ramadan kita akan dengar Program Tahlil, Berbuka Puasa, penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan tidak ketinggalan juga Lombak Colop menjelangnya malam tujuh likur di sana sini.

"Apabila pada bulan-bulan yang biasa pula adakan juga program yang lain yang melibatkan ahli JKKK di pelbagai peringkat umur dimana tujuannya semua aktiviti yang diadakan itu bukan sahaja dapat merapatkan ukwah dalam kalangan kita semua, sebaliknya merupakan satu lagi platform untuk kita bertukar tukar pandangan untuk memajukan JKKK kita," jelasnya lanjut.

Hadir sama, Penghulu Abang Norin Abang Noruddin, Ketua Kaum bagi Kawasan Tanjung Engkabang Mohamad Yusup, Timbalan Pengerusi Communication For Behavioral Impact (COMBI) Bahagian Sri Aman  Mohd Israk Ismail, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hilir Nor Khadijah Abdullah, Pengerusi KRT Bandar Simanggang Tay Cho Seng serta ahli-ahli JKKK Kampung Tanjung Engkabang dan penduduk-sekitar.

Sebelum majlis tahlil bermula, Dayang Noorazah turut berkesempatan menyampaikan sumbangan bantuan kepada golongan asnaf terpilih berupa bakul makanan yang turut mengandungi keperluan asas harian.

Agihan bubur pedas kepada penduduk yang hadir pada majlis berkenaan turut diadakan setelah selesai Majlis Tahlil dan berbuka puasa.

"Semoga aktiviti seperti ini akan terus diamalkan agar dapat mengukuhkan ukhuwah dan kesatuan sesama komuniti terutamanya dalam kalangan ahli JKKK Kampung Tanjung Engkabang," ujar Dayang Noorazah lagi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.062868 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list