CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2681|Reply: 0

[Sabah] Penggunaan tenaga elektrik di Sabah dijangka terus meningkat

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:40 PM | Show all posts |Read mode


ADRIAN

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) meramalkan penggunaan tenaga elektrik  di Sabah tetap tinggi sehingga Khamis.

Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan, Adrian Leo Mosigil, berkata, keadaan cuaca panas di negeri ini memberikan kesan yang signifikan terhadap penggunaan tenaga elektrik di seluruh Sabah dan Labuan.

“SESB merekodkan penggunaan tenaga elektrik tertinggi pada 26 Mac lalu iaitu sebanyak 1128 MegaWatt (MW).

“Secara kebiasaannya, penggunaan tenaga elektrik akan meningkat kira-kira jam 2 petang sehingga 8 malam sahaja,” katanya.

Sementara itu katanya, catuan bekalan elektrik terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir bermula 26 Mac di beberapa kawasan termasuk ibu negeri, Sandakan, Tawau, Semporna, Kinabatangan, Papar, Tuaran, dan Sipitang.

“Catuan bekalan ini dijalankan tanpa notis awal disebabkan oleh kerosakan yang tidak dapat dijangkakan terhadap salah satu set janakuasa milik Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis yang menyebabkan Sistem Grid Sabah kehilangan 95MW.

“SESB berharap set janakuasa milik Stesen IPP ini dapat diperbaiki sebelum waktu beban puncak pada Rabu bagi memastikan Sistem Grid Sabah mempunyai margin tenaga yang mencukupi untuk disalurkan kepada pengguna,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.061322 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list